Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
Items filtered by date: Oktober 2017 - Jabatan Warisan Negara

Gitex Global Exhibition Services (GITEX) telah menjemput Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk menjadi rakan kolabarasi sempena penganjuran pameran dan konferens antarabangsa Herbal Asia 2017. Penganjuran ini merupakan penganjuran tahunan pameran antarabangsa HERBAL ASIA 2017 untuk kali ke-10. Pameran ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 20 September 2017. Manakala, Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 21 September 2017. Tetamu kehormat lain yang turut hadir bersama iaitu Datuk Dr Abdul Razak bin Mohd Ali, Pengerusi Herbal Asia 2017 dan beberapa delegasi daripada luar negara.

Pihak sekretariat telah memberi lapan (8) booth pameran kepada JWN sepanjang pameran berlangsung di Hall 1, bertempat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula pada 20 sehingga 22 September 2017. Selain daripada pameran JWN sendiri, terdapat beberapa jenis pengusaha di bawah JWN yang terlibat sepanjang pameran tersebut seperti pameran tenun dan canting, minuman herba, minuman kesihatan, makanan warisan, produk kesihatan dan ukiran kayu.

 Tema utama untuk pameran Herbal Asia 2017 pada tahun ini adalah: “Toward A Sustainable Marketplace – Herbal product Innovation, Natural Cosmetic & Halal Ingredient the Growing Industry

 Pameran ini diiktiraf dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Malaysia Convention & Exhibition Bureau dan Majlis Perunding Melayu (MPM) dan Konsortium Herbal Asia (KOHERA).

 Antara beberapa program dan aktiviti lain yang berlangsung sepanjang pameran Herbal Asia 2017 seperti berikut:

 

  1. Herbal Week Campaigm at participating hotel
  2. Gala nite & Green Fashion Show
  3. Industry Tour & Farm Visit
  4. Products Innovation & Industry Showcase
  5. Bio Scientist & R&D Workshop
  6. Herbal Asia Anniversary Award
  7. Herbal & Halal Hub Trade Talk
  8. Green Voucher Day
  9. Fresh market & Farm Direct
  10. Post Natal & Natural Healing Workshop
  11. Asian Heritage Food Demo
  12. Green & Eco business hot items

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech