Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
Items filtered by date: Januari 2017 - Jabatan Warisan Negara
Rabu, 18 Januari 2017 00:00

BENGKEL APRESIASI SYAIR

Syair ialah salah satu daripada genre puisi Melayu tradisional yang cukup popular dan amat luas dalam masyarakat Melayu Nusantara pada zaman dahulu. Syair adalah genre yang sangat popular pada masa dahulu. Syair mula dicetak pada akhir kurun ke 19. Ada sekitar 300 judul syair yang telah dicetak. Antara yang terkenal ialah Syair Dandan Setia, Syair Bidasari, Syair Dagang, Syair Juragan Budiman, dan Syair Siti Zubaidah Perang Cina.

Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) merupakan satu penganugerahan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Warisan Negara kepada para penggiat atau tokoh seni budaya yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam bidang-bidang berkaitan warisan tidak ketara seperti adat dan budaya, bahasa dan persuratan, seni halus dan seni persembahan. Anugerah ini akan diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggung-jawabkan mengenai hal-hal kebudayaan dan warisan Malaysia di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Rabu, 18 Januari 2017 00:00

BENGKEL BUSANA DAN SENI HIAS DIRI

Program Bengkel Busana dan Seni Hias Diri merupakan satu langkah yang dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Disember 2016, sebagai satu usaha dalam memelihara,memulihara dan melindungi warisan negara yang semakin dipinggirkan. Bengkel ini telah diadakan pada 8 Disember 2016 di Pusat Pengembagan Warisan, Jalan Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Seramai 115 orang peserta hadir pada bengkel tersebut yang terdiri dari pelajar IPTA,IPTS, NGO, Penggiat Budaya,kakitangan Jabatan Warisan Negara dan agensi-agensi lain.Ia merupakan wadah untuk memberi pendedahan dan mempelajari estetika busana Melayu dan seni hias diri warisan. Selain itu, melalui bengkel ini juga, para peserta dapat mengetahui ciri-ciri atau falsafah yang tersurat dan tersirat pada busana dan seni hias diri. Ekoran itu, kita dapat memelihara, memulihara dan melindungi ciri-ciri kebudayaan Warisan Tidak Ketara agar tidak pupus ditelan zaman serta kekal hidup di dalam masyarakat Malaysia terutamanya bangsa Melayu.

Jumaat, 13 Januari 2017 00:00

BENGKEL KALIGRAFI JAWI

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyemarakkan penulisan jawi, khat juga telah digunakan sebagai salah satu medium perantaranya. Bengkel Kaligrafi Jawi anjuran Jabatan Warisan Negara merupakan antara program yang dirangka bagi tujuan kelestarian tulisan jawi yang juga telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009. Program ini juga merupakan kesinambungan dari siri bengkel kaligrafi jawi yang telah diadakan iaitu Khat Diwani dan Khat Thuluth. Pada tahun ini, satu lagi jenis tulisan khat yang sedang popular dikalangan massa iaitu Khat Diwani Jali akan diketengahkan.

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech