Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Cadangan kerja-kerja pemuliharaan dan menaik taraf ruang dalaman bangunan Hong Kong & Shanghai Bank (HSBC) Bandar Hilir, Melaka kepada Galeri Warisan Kota Melaka

Kerja –kerja pemuliharaan dan menaik taraf ruang dalam bangunan Hong Kong & Shanghai Bank (HSBC) giat dilakukan dan akan menjadi salah satu tarikan pelancong bagi melihat sejarah dan bukti artifak yang terdapat di Bandar Melaka Jabatan Warisan Negara sentiasa berusaha dalam memelihara dan memulihara bangunan sejarah dan sejarah Negara agar dapat dinikmati orang tempatan mahupun pelancong asing.
Jumaat, 06 Julai 2018

Pemantauan Kerja-kerja Penyelidikan Arkeologi Bagi Tujuan Penyediaan Laporan HIA Kampung Batu Dinding, Lenggong, Perak

Kerja- kerja pemantauan/penilaian telah diadakan pada 11 hingga 16 Mei 2018 untuk penyediaan laporan Heritage Impact Assessment (HIA) bersama pakar yang dilantik dengan penglibatan seramai 4 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Arkeologi terlibat.
Jumaat, 06 Julai 2018

LAWATAN YANG YAB MENTERI BESAR KEDAH KE TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU, KUALA MUDA KEDAH

Pada 7 jun 2018, Jabatan Warisan Negara bersama-sama Universiti Sains Malaysia telah menerima lawatan daripada YAB Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir ke Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kuala Muda Kedah Kedatangan YAB Menteri Besar bertujuan untuk melihat sendiri dan mengetahui sejarah Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kuala Muda Kedah yang merupakan salah satu penemuan penting dan bukti sejarah terawal yang berada di negeri Kedah. Sepanjang tempoh lawatan YAB Menteri Besar telah diberi penerangan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin dari Universiti Sains Malaysia tentang penemuan dan bukti sejarah yang telah dibuat kajian terperinci di tapak tersebut.
Jumaat, 06 Julai 2018

LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN SHELTER/PELINDUNG DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TAPAK EKSKAVASI ARKEOLOGI KUBUR KEPINGAN BATU (SLAB GRAVE), BUKIT SEJARAH, LADANG CHANGKAT MENTERI, HULU BERNAM, PERAK DARUL RIDZUAN

Di antara tahun 1919 hingga 1939, sebanyak 9 buah kubur telah dijumpai oleh Evan (1928), Collings (1937), Wilkinson (1939) dan lain-lain meliputi tapak di seluruh daerah Bernam di Selangor, Slim River, Sungai Kruit, dan Sungkai di Perak. Menurut rekod Jurnal Lembaga Muzium Negeri Selangor Jilid 1, Bil. 1, Jun 1993, di Changkat Menteri, Mukim Ulu Bernam terdapat 2 buah tapak kubur kepingan batu yang pernah dijumpai, direkodkan dan telah dibuat ekskavasi oleh Profesor Leong Sau Heng dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Muzium Negeri Selangor pada tahun 1992. Kawasan ini terletak berdekatan dengan Sungai Bernam yang pada zaman dahulu…
Jumaat, 10 Mac 2017

PENYELIDIKAN DAN EKSKAVASI ARKEOLOGI PENYELAMATAN LOT 1736, MERBOK, KEDAH DARUL AMAN

Penyelidikan dan eskavasi yang telah dijalankan adalah proses awalan di dalam memberikan Kebenaran Merancang oleh JWN kepada setiap projek pembangunan yang hendak dijalankan di kawasan yang berpotensi atau mempunyai nilai-nilai warisan. Lokasi tapak ini terletak di dalam kawasan cadangan pembangunan perumahan yang diusahakan oleh pemaju tempatan dan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Jumaat, 10 Mac 2017

KAJIAN SURVEY DAN PENYELIDIKAN WARISAN KEBUDAYAAN BAWAH AIR, PULAU BIDONG, TERENGGANU DARUL IMAN

Survei dan penyelidikan yang dijalankan oleh JWN adalah rentetan dari jumpaan artifak kapal karam yang telah dilaporkan oleh akhbar Berita Minggu hari Ahad bertarikh 20 Mei 2012. Berita bertajuk “Harta Karun Pulau Bidong” ini telah ditulis dan disunting oleh wartawan Jamhariah Jaafar, presiden Coral Malaysia.
Rabu, 08 Mac 2017
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech