Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters
  1. KAPAL KARAM DI PERAIRAN MALAYSIA

Kedudukan Semenanjung Malaysia di pertengahan jalan antara dua pusat perdagangan utama pada suatu ketika dahulu iaitu India dan China telah meletakkan rantau ini sebagai pusat untuk berurusniaga yang paling sesuai sementara menunggu pertukaran angin monsun. Hal demikian telah menjadikan kawasan perairan Semenanjung Malaysia, istimewa sekali Selat Melaka, tidak pernah sunyi dari dilintasi oleh kapal-kapal besar dan kecil samada untuk tujuan ekonomi, politik mahupun sosial. Namun begitu, tidak semua kapal yang belayar berjaya sampai ke tempat yang ditujuinya. Ada yang terkandas di pertengahan jalan samada akibat dipukul ribut, terlanggar batu karang atau sesama sendiri, kesilapan teknik, kebocoran dan tidak kurang pula yang tenggelam akibat serangan lanun dan peperangan. Apatah lagi perairan kita yang merupakan laluan antarabangsa, yang paling sibuk, pasti sudah mempunyai khazanah kapal dan harta karam yang begitu banyak sekali tidak terhad kepada kapal-kapal yang datang kesini sahaja tapi juga termasuk kapal-kapal besar yang menggunakan laluan antarabangsa disekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan. Penemuan kapal Risdam berdekatan dengan pantai Mersing misalnya adalah satu contoh yang jelas.

 

            Berikut merupakan 3 kategori Kapal Karam yang direkodkan di Perairan Malaysia ;

 

            4.1       Kapal Karam Bersejarah 

Kapal karam bersejarah didefinasikan sebagai kapal-kapal yang telah karam yang berusia lebih dari 100 tahun. Berdasarkan maklumat hasil dari rujukan dan informasi sumber bertulis, sejumlah 66 buah kapal karam bersejarah telah direkodkan di perairan Malaysia yang merupakan kapal-kapal semasa zaman kolonial dan semasa era perdagangan yang pesat di sekitar nusantara.

  

 

 

 

            4.2       Kapal Perang Dunia Kedua 

Perang dunia kedua meletus pada 1 September 1939 hingga 2 September 1945. Selama hampir 6 tahun peperangan meletus diantara angkatan kuasa bersekutu dengan angkatan kuasa paksi mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.

Peperangan di Malaya/Borneo bermula pada 8 Disember 1941 apabila kapal pengangkut Tentera Laut Imperial Jepun (IJN): Awajisan MaruAyatosan Maru, dan Sakura Maru berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar diketuai Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut IJN Awajisan Maru. Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada penjajap ringan  Sendai, kapal pembinasa AyanamiIsonamiShikinami, dan Uranami, kapal penyapu periuk api No.2 dan No.3, serta pemburu kapal selam No.9. Peperangan bukan sahaja berlaku di daratan malah juga di kawasan perairan. Angkatan tentera laut British, terdiri daripada kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa, dan diperintah oleh Laksamana Tom Phillips telah tiba sejurus sebelum permusuhan meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun mendorong kepada penenggelaman HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember 1941, menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan tentera Jepun untuk meneruskan pendaratan mereka. Akibat dari peperangan, perairan negara terutama di perairan Laut China Selatan telah menjadi kawasan perkuburan perang dunia yang sangat besar. Berdasarkan catatan, sejumlah 33 buah kapal karam perang dunia kedua telah direkodkan. 

  

 

 

 

 

            4.3       Kapal Karam Baharu 

Kapal karam baharu merupakan kapal-kapal karam yang berusia di bawah 100 tahun. Maklumat keberadaan kapal karam ini diperolehi dari sumber agensi-agensi yang menjalankan operasi  kelautan seperti Jabatan Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pusat Hidrografi Nasional, Jabatan Taman Laut Malaysia dan lain-lain lagi. Namun begitu, berdasarkan seksyen 63, Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645),

 

(1) Jika pesuruhjaya berpendapat bahawa mana-mana warisan kebudayaan dibawah air terletak di dalam perairan Malaysia mempunyai warisan kebudayaan penting tetapi kurang daripada satu ratus tahun, dia hendaklah menasihati Menteri dan Menteri boleh melalui notis yang disiarkan dalam Warta mengistiharkan tapak atau objek itu sebagai warisan kebudayaan bawah air.

 

(2) Mana-mana tapak atau objek yang diisytiharkan sebagai suatau warisan kebudayaan dibawah air hendaklah disenaraikan dalam Daftar.

Melalui sumber maklumat yang diperolehi, sebanyak 45 buah kapal karam baharu telah direkodkan dan sentiasa akan dikemaskini dari masa ke masa.

 

  

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech