Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Wednesday - October 18, 2017

Weather: 25°C

Projek survei dan salvaj kapal karam Selat Melaka merupakan salah satu usaha Jabatan Warisan Negara (JWN) dalam memulihara dan memelihara khazanah warisan kebudayaan bawah air negara melalui peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, Bahagian IX seksyen 61 – 66. Justeru, satu usahasama telah dibentuk bagi merealisasikan hasrat murni ini dengan mewujudkan satu gerak kerja yang dikendali oleh tenaga professional tempatan yang mahir dalam bidang maritim dan teknologi mengesan kapal karam bersejarah bagi mencari, mengkaji dan mendokumentasikan segala bukti sejarah yang masih terdampar di dasar laut Perairan Melaka.

Dengan ini, amat wajar bagi kita menjalankan penyelidikan seperti tinjauan, ekskavasi dan seterusnya menjalankan konservasi secara insitu atau melakukan salvaj kapal karam dan menjadikanya sebagai zon yang dilindungi seterusnya mewartakan sebagai Warisan Kebangsaan kerana lambat laun segala hartawarisan tersebut akan hilang ditelan dek zaman atau dicuri dan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, Jabatan Warisan Negara selaku peneraju utama projek bersama-sama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berusaha menjalin kerjasama dalam melaksanakan misi menyelamat, memulihara dan memelihara khazanah warisan kebudayaan bawah air sebagai pelengkap sejarah negara di samping memulakan rentak awal penggunaan sepenuhnya kepakaran tenaga tempatan dalam pembangunan bidang penyelidikan arkeologi bawah air negara secara sistematik dan bersepadu.

Oleh yang demikian, projek yang telah bermula pada 12 Mac yang lalu dan telahberakhir pada 21 Mac 2007 yang lalu telah menghasilkan satu keputusan yang baik dalam kajian sejarah maritim Negara kerana kita telah dapat mengenalpasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk dikaji dan diselidiki dalam usaha mencari dan menyelamat kapal karam di perairan Melaka bagi pembuktian lengkap kesinambungan dan keagungan Sejarah Melaka.



 
 
Artifak  
 
Artifak  
 
Side Scan Sonar  
 
Aktiviti, penemuan artifak dan lokasi kerja – kerja kajian Aktiviti, penemuan artifak dan lokasi kerja – kerja kajian
 
Aktiviti, penemuan artifak dan lokasi kerja – kerja kajian Aktiviti, penemuan artifak dan lokasi kerja – kerja kajian
 
Aktiviti, penemuan artifak dan lokasi kerja – kerja kajian Aktiviti, penemuan artifak dan lokasi kerja – kerja kajian
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech