Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Friday - October 20, 2017

Weather: 30°C

 
 
   
 
  Artifak yang ditemui di Mangsi
 
Artifak yang ditemui di Mangsi Artifak yang ditemui di Mangsi
 



MAKLUMAT KAPAL

  • Nama : Kapal Karam Mangsi
  • Tempat Karam: Terumbu besar Mangsi, Pulau Banggi, Kudat, Sabah
  • Jenis Kapal: Dipercayai Kapal jenis Clipper berdasarkan jumpaan besi tembaga tertera Muntz Patent Birmingham dan penilaian awal melalui tinjauan selaman di tapak menyerupai struktur kapal clipper.
  • Tarik Karam: Sekitar tahun 1830 ke 1899 berdasarkan pengeluaran besi tembaga Muntz
  • Muatan: sekitar 500 ke 700 tan
  • Negara Asal: British atau Amerika
  • Panjang kapal: sekitar 20 meter lebih bagi struktur yang kelihatan di permukaan dasar laut
  • Lebar Kapal: sekitar 4 meter lebih bagi struktur yang kelihatan di permukaan dasar laut
  • Kedudukan karaman : kapal tersebut karam setelah melanggar karang Mangsi di mana haluan depan tertusuk masuk ke dalam karang tersebut di antara kedalaman 5 meter secara menegak sehingga ke kedalaman 20 meter untuk kawasan buritan kapal. Sebahagian badan kapal telah dilitupi pasir dan perlu disedut bagi menunjukkan struktur kapal keseluruhannya.
     

 

Penemuan kapal karam bersejarah ini merupakan sejarah baru bagi warisan kebudayaan di bawah air negara yang perlu dipulihara dan pelihara sepenuhnya oleh JWN.Keadaan kapal yang masih in situ dan baik membolehkan sejarah maritim Borneo dan Malaysia dapat didokumentasikan dan dirungkai sebaik-baiknya melalui kajian yang komprehensif terhadap penemuan bersejarah ini.

Khazanah maritim negara ini seharusnya menjadi landasan terbaik bagi JWN membuktikan kekuatan dan keazaman bagi menghasilkan kajian terbaik melalui gabungan pakar arkeologi bawah air tempatan dan luar negara agar setiap inci kapal dapat direkod dan dikaji sedalam-dalamnya sebagai sumber sejarah negara yang berkaitan dengan perdagangan maritim pada masa itu.

Kajian segera wajar dijalankan bagi mengelakkan ianya tidak terganggu oleh aktiviti nelayan dan penyelam yang idamkan khazanah harta karun kapal karam tanpa memikirkan akan nilai sejarah kapal tersebut.Tinjauan awal ini diharap dapat memberi sinar baru ke arah memelihara dan memulihara warisan kebudayaan di bawah air negara.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech