Pilihan Bahasa   

MY
                              

Pesuruhjaya Warisan

PESURUHJAYA WARISAN

  • Dilantik oleh Menteri - Seksyen 4 [Akta 645] dan pelantikan ini disiarkan dalam Warta;
  • Suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun & punyai menterai perbadanan;
  • Boleh membawa & dibawa guaman atas namanya; dan
  • Menjalankan fungsi dan kuasa melalui peruntukan seksyen 6 dan seksyen 7 Akta 645.

 

Fungsi Pesuruhjaya

 

(a) Untuk menentukan penetapan tapak, pendaftaran objek dan warisan kebudayaan di bawah air;

 

(b) untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar dan untuk menentukan dan menetapkan kategori warisan yang hendak disenaraikan dalam Daftar;

 

(c) untuk mengawasi dan menyelia pemuliharaan, pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan, penggalakan, pemameran dan kemudahan akses warisan;

 

(d) untuk menggalakkan dan memudahkan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan warisan;

 

(e) untuk membenarkan, memantau dan mengawasi penggalian bagi maksud warisan;

 

(f) untuk menyenggarakan dokumen-dokumen yang berhubungan dengan apa-apa penggalian, penjelajahan, penjumpaan atau pencarian warisan;

 

(g) untuk menubuhkan dan menyenggarakan perhubungan dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan perkara-perkara warisan;

 

(h) untuk menasihati dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan, Majlis dan badan dan entiti lain di semua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkan dan berurusan dengan apa-apa warisan;

 

(i) untuk menggalakkan dan mengawal selia standard dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;

(j) untuk menasihati Menteri berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;

 

(k) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Akta ini sebagaimana yang diberikan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan

 

(l) untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penunaian kuasa dan fungsinya.

 

 

Kuasa Pesuruhjaya

 

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut:

 

(a) untuk membuat kontrak;

 

(b) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;

 

(c)   untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Pesuruhjaya; dan

 

(d) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

 

Senarai Pesuruhjaya Warisan

 

1. YBhg. Profesor Emeratus Datin Paduka Zuraina Majid

(April 2006 – Mei 2014)

 

2. YBhg. Dato’Dr. Zainah binti Ibrahim

(Jun 2014 – Jun 2019)

 

3. YBrs. Tuan Haji Mesran bin Mohd. Yusop

(Mei 2019 – Jan 2021)

 

4. YBrs. Mohd. Azmi bin Mohd Yusof

(Feb 2021 – sehingga sekarang)

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service