• Mengurus dan mentadbir hal-hal pentadbiran di Pejabat Zon Tengah.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pemantauan dan pembangunan tapak-tapak warisan yang telah diwartakan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
  • Menjalankan penyelidikan dan penyebaran maklumat berkenaan warisan ketara dan tidak ketara untuk tujuan daftar inventori sebelum diangkat sebagai Warisan dan Warisan Kebangsaan.
  • Merancang dan melaksanakan program serta aktiviti pengembangan warisan dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat untuk memelihara khazanah warisan negara.
  • Menyelaras operasi harian galeri dengan mengadakan taklimat dan seterusnya mengadakan lawatan berpandu ke galeri dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.
  • Memantau, memelihara dan mempromosikan Tapak Warisan Dunia yang terdapat di zon.
  • Membantu kerja-kerja konservasi dan kerja penyelidikan arkeologi yang dijalankan di peringkat zon.