MELENTUR BULUH DARIPADA REBUNGNYA: MEMPERKENALKAN PERMAINAN TRADISIONAL KEPADA GENERASI MUDA

 

  

 

                    Pepatah Melayu ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ yang membawa maksud jika hendak mengajar sesuatu, pengajaran itu harus bermula seawal usia muda supaya ia menjadi sebati dan lazim sehingga dewasa kelak.

27 Mei 2019 0 comment  

               Justeru, pada 19 April 2019 yang lalu, Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK) telah memenuhi jemputan pihak Tabika Perpaduan Apartment Anggerik, Puchong, Selangor Darul Ehsan bagi memperkenalkan permainan tradisional kepada kanak-kanak tabika berkenaan. Program ini telah disertai lebih kurang 20 orang murid berusia diantara 5-6 tahun dibawah pemantauan dua orang guru. Pengisian progam dilaksanakan secara demonstrasi dan hands-on bagi menarik perhatian minat mereka. Permainan yang dimainkan sendiri oleh kanak-kanak ini termasuklah galah panjang, tuju tin, congkak, batu seremban dan tutup botol. Ternyata kanak-kanak ini teruja mencuba semua permainan tradisional ini dan ini merupakan suatu pengalaman baru kepada mereka yang rata-rata lebih mengenali permainan berunsur digital seperti komputer, beyblade mahupun youtube. Program seumpama ini wajar diteruskan di semua peringkat pra-sekolah mahupun sekolah rendah dengan sokongan serta kerjasama ahli masyarakat sebagai satu bentuk pendedahan awal bagi mendidik generasi muda mencintai warisan kita.  

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Layout Style
Select menu