Bengkel Songket: Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019

Bengkel Songket: Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019

Pada 20-21 Mac 2019 yang lalu telah berlangsungnya Bengkel Songket: Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor.

16 Mei 2019 0 comment  

Bengkel yang menjadi ruang perbincangan dan perkongsian idea itu diadakan untuk mengumpul dan memperkemaskan maklumat bagi Pencalonan Songket sebagai Warisan Dunia 2019 di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity, UNESCO. Usaha murni yang dilaksanakan ini adalah bersesuaian dengan kehendak Borang Pencalonan UNESCO sebelum dihantar kepada pihak sekretariat UNESCO pada 31 Mac 2019. Selain itu, bengkel tersebut juga bertujuan mendapatkan persetujuan bersama dari semua pihak yang terlibat secara langsung dengan elemen songket.

Justeru itu, bengkel tersebut telah disertai oleh beberapa wakil dari agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para penyelidik, jawatankuasa pakar busana, tekstil dan seni hias diri serta para penggiat songket. Menerusi pelaksanaan bengkel tersebut, semua peserta telah menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan untuk mengangkat dan mencalonkan songket bagi mendapatkan pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO. Dengan pengiktirafan ini diharapkan semoga ia menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk lebih serius menceburi bidang seni kraf warisan Songket di samping dapat memartabatkan dan melindungi elemen songket daripada terus pupus.

 

 

 

 

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Layout Style
Select menu