Cetak

Satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh ataupun bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun atau kei. Songketmerupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai  corak yang rumit dan diperbuat daripada benang emas atau perak. Perkataan songket juga bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Proses ini dilakukan selepas menyediakan benang ‘karat butang’ bertujuan untuk membuat reka corak ataupun sulaman benang emas, perak ataupun terekam.

Pembuatan kain songket ini dipercayai diilhamkan daripada proses pembuatan kain-kain oleh pedagang-pedagang India yang menggunakan teknik ‘ikat’. Teknik ini amat sukar dan memerlukan kepakaran serta ketekunan yang tinggi. Mereka ini telah membawa masuk bahan mentah seperti benang emas, perak serta sutera di samping kain-kain yang telah siap ditenun.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.