BENGKEL PEMURNIAAN BUTIRAN WARISAN SYAIR

Bengkel Pemurnian Butiran Warisan Syair telah diadakan di Hotel Best Western i-City Shah Alam pada 5-6 April 2019. Objektif bengkel ini diadakan Menyediakan satu garis panduan dan tatacara untuk rujukan utama kepada semua pihak berkenaan teks dan irama syair yang akan digunapakai di Sayembara Dendangan Syair 6 Zon.  

Khamis, 16 Mei 2019

BENGKEL BAGI PENYEDIAAN DOKUMEN PENCALONAN “MALAYSIAN HERITAGE FOOD” UNTUK TUJUAN REPRESENTATIVE LIST OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE OF HUMANITY DI BAWAH CONVENTION FOR THE SAFEGUARDING OF THE INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE 2003

Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mengadakan satu bengkel bagi penyediaan dokumen pencalonan ’Malaysian Heritage Food’ ini bagi membincangkan penyediaan dokumen dan input daripada komuniti bagi melengkapkan borang pencalonan Representative List of the Intangible Cultural Heritage of humanity di bawah Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage 2003 UNESCO. 

Khamis, 16 Mei 2019

Bengkel Songket: Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019

Bengkel Songket: Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019

Pada 20-21 Mac 2019 yang lalu telah berlangsungnya Bengkel Songket: Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor.

Khamis, 16 Mei 2019

PAMERAN DAN DEMONSTRASI PERMAINAN TRADISIONAL SEMPENA PROGRAM “NEGERI SEMBILAN FOOD PROMOTION” BERSAMA DATO’ CHEF ISMAIL

Program “Negeri Sembilan Food Promotion” bersama Dato’ Chef Ismail yang telah berlangsung sepanjang 19 hari bermula 13 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019, bertempat di Zest Lifestyle Restaurant, Marriot Hotel Putrajaya. Program ini bertujuan untuk mempromosikan masakan makanan Melayu daripada Negeri Sembilan yang telah disediakan dan dimasak khas oleh Dato’ Chef Ismail. Para pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan yang berasaskan lemak bersantan dan penggunaan rempah-ratus di dalam masakan negeri sembilan.

 

Selasa, 02 April 2019

KLUSTER AGROKULINARI MAHA 2019

Program Agro Kulinari, MAHA 2018 adalah salah satu program yang dilaksanakan oleh Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).  Program ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai penyelaras pengisian ruang pameran dan sudut bacaan khususnya bahan-bahan percetakan masakan dan juga demonstrasi pembuatan Kebebe, Makanan Warisan Kebangsaan 2015.  Program tersebut telah di adakan di Hall D2, Maeps, Serdang.  Bermula dari 22 November 2018 hingga 2 Disember 2018.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin  Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 22 November 2018 dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2 Disember 2018.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan oleh Industri Asas Tani bagi menceriakan lagi program tersebut.  Sasaran pengunjung yang menghadiri ruang pameran dan sudut bacaan serta yang hadir menyaksikan demonstrasi penyediaan Makanan Warisan 2015 iaitu Kebebe terdiri dari pelbagai peringkat umur lelaki dan perempuan.

Khamis, 17 Januari 2019

MESYUARAT PENCALONAN SILAT UNTUK PENGIKTIRAFAN UNESCO – VISIBILITY INVENTORI SILAT MALAYSIA BERSAMA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (KBS)

Satu mesyuarat pencalonan Silat untuk pengiktirafan UNESCO-Visibility Inventori Silat Malaysia telah diadakan pada 26 Disember 2018 (Rabu) bersama wakil pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) yang diwakili oleh YBrs Encik Shafik Afzan bin Abu Kasim yang telah diadakan di Jabatan Warisan Negara. mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Megat Adnan bin Megat Ridzuan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk menerangkan status semasa dan tindakan yang perlu diambil oleh komuniti (practitioners) atau pihak KBS sendiri supaya sentiasa mengemaskini aktiviti dan perancangan program semasa di dalam website KBS bagi penilaian pihak UNESCO yang dijangka bermula bulan Disember 2018 sehingga Mei 2019. Pengemaskinian maklumat inventori Silat ini tidak tertumpu kepada website KBS sahaja malah juga pada medium media sosial KBS yang lain. Perkara ini penting bagi melihat visibility Silat dalam program-program diperingkat tempatan dan Negara yang dilaksanakan supaya Silat ini mendapat pengiktirafan dunia oleh pihak UNESCO yang dijangka diketahui keputusannya pada bulan November 2019.

Khamis, 27 Disember 2018

Mesyuarat Pencalonan Silat Untuk Pengiktirafan UNESCO Bersama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)

Satu mesyuarat telah diadakan pada 19 Disember 2018 (Rabu) bersama pihak Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bersama rombongan yang diketuai oleh YBhg Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Setiausaha Agung PESAKA yang telah diadakan di Jabatan Warisan Negara. mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk menerangkan status semasa dan tindakan yang perlu diambil oleh komuniti (practitioners) atau PESAKA sendiri supaya sentiasa mengemaskini aktiviti dan perancangan program semasa bagi penilaian pihak UNESCO yang dijangka bermula bulan Disember 2018 sehingga Mei 2019. Pengemaskinian maklumat inventori Silat ini tidak tertumpu kepada website PESAKA sahaja malah juga pada medium media sosial yang lain. Perkara ini penting bagi melihat visibility Silat dalam program-program diperingkat tempatan dan Negara yang dilaksanakan supaya Silat ini mendapat pengiktirafan dunia oleh UNESCO yang dijangka diketahui keputusannya pada bulan November 2019.

Jumaat, 21 Disember 2018
Halaman 1 dari 8
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Layout Style
Select menu