Cetak

MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN

Majlis Warisan Kebangsaan adalah Majlis yang ditubuhkan bawah Bahagian IV Seksyen 8, Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]

FUNGSI :

  1. Menasihati Menteri dan Pesuruhjaya berkaitan perkara yang berhubungan dengan warisan, serta penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan warisan; dan
  2. Menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang mana-mana perkara yang dirujukan kepadanya oleh Menteri atau Pesuruhjaya.

TANGGUNGJAWAB:

  1. Menasihati Pesuruhjaya tentang pengeluaran Kumpulan Wang Warisan bagi tujuan pembiayaan kerja pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan;
  2. Menasihati Menteri bagi menentukan kawasan zon penampan dan pusat utama kawasan pemuliharaan;
  3. Menasihati Pesuruhjaya dalam penyediaan Pelan Pengurusan Pemuliharaan;
  4. Menasihati Menteri dalam pembatalan perintah Warisan Kebangsaan;
  5. Menasihati Menteri dalam hal-hal berkaitan rayuan bagi mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan yang dirayukan serta penetapan terma atau syarat sekiranya perlu; dan
  6. Menasihati Menteri dan Pesuruhjaya dalam perkara-perkara lain yang berhubungan dengan warisan dalam usaha memartabatkan warisan negara