Fungsi Pejabat Zon :
- Menjadi perantara pihak jabatan dengan stake holder, penduduk setempat, pemilik tapak, Objek Warisan dan Warisan Kebangsaan.
- Melaksanakan kerja penyenggaraan, pemantauan dan pembangunan tapak-tapak warisan yang telah diwartakan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
- Menjalankan penyelidikan, kajian dan penyebaran maklumat berkenaan warisan ketara atau tidak ketara untuk daftar inventori sebelum diangkat sebagai Warisan dan Warisan Kebangsaan.
- Merancang dan melaksanakan program serta aktiviti pengembangan warisan dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat untuk memelihara khazanah Warisan Negara pada peringkat zon.
- Menyelaras operasi harian galeri iaitu dengan mengatur taklimat dan lawatan berpandu serta merancang program dan aktiviti di galeri.
- Menjalankan pemantauan, pemeliharaan dan mempromosikan Warisan Dunia (UNESCO) yang terdapat pada peringkat zon.
- Membantu kerja-kerja konservasi monumen dan kerja penyelidikan arkeologi yang dijalankan diperingkat zon.
- Merancang dan melaksanakan program serta aktiviti pengembangan warisan dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat untuk memelihara khazanah Warisan Negara.