Top Icons

               

Items filtered by date: Mac 2019

Kuala Kubu Bharu dalam penilaian sebagai tapak warisan Unesco

News  |  Diterbitkan 25 Mac 2019, 1:29 tengahari  |  Dikemaskini 25 Mac 2019, 1:29 tengahari

PARLIMEN l Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sedang dalam penilaian untuk diangkat sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebelum dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penilaian itu sedang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Warisan Negara, kerajaan negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan.

"Jabatan Warisan Negara telah mengambil usaha untuk mengangkat tapak warisan yang memenuhi kriteria bagi pengiktirafan antarabangsa terutama sekali di peringkat Unesco.

"Setakat ini, empat tapak telah mendapat pengiktirafan Unesco iaitu Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak; Taman Kinabalu, Sabah; Bandar Warisan Dunia Melaka dan George Town, selain Tapak Arkeologi Lembah Lenggong, Perak," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan June Leow Hsiad Hui (PH-Hulu Selangor) yang ingin tahu perkembangan terkini dalam rancangan menjadikan Kuala Kubu Bharu sebagai salah satu tapak warisan dunia Unesco.

Dalam pada itu, Mohamaddin berkata bagi mempromosikan tapak-tapak Warisan Dunia Unesco di Malaysia, kementerian telah melaksanakan beberapa usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong antaranya program 'Mega Familiarization' dengan mempelawa wakil-wakil media dan para pengusaha pelancongan antarabangsa menyertai acara-acara pelancongan di tapak warisan Unesco untuk dipromosi di luar negara.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/469439

Rabu, 27 Mac 2019 09:31

Kita terlampau berpolitik, setuju?

Kita terlampau berpolitik, setuju?

Juhardy Ibraham

24 Mac 2019 12:00 PM

MALAYSIA hari ini terlebih-lebih dalam bidang politik? Setuju? Saban hari politik melantun ke muka kita, walau bagaimana gigih kita memaling muka ke tempat lain. Setuju? Walhal ada benda yang lebih penting untuk kita tumpukan seperti kenaikan harga barangan. Setuju?

Selasa, 19 Mac 2019 07:46

Keep the flame alive

Selasa, 19 Mac 2019 07:45

Sekatan Tidak Membunuh Mak Yong