PENYELIDIKAN DAN ESKAVASI PENYELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN TIANG BENDERA GERGASI BUKIT ST. PAUL, BANDA HILIR, MELAKA

Penyelidikan dan eskavasai penyelamatan ini dijalankan berikutan permohonan dari pihak Kerajaan Negeri Melaka kepada Jabatan Warisan Negara agar kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi dijalankan dilokasi cadangan pembinaan tiang bendera gergasi. Lokasi penyelidikan dan eskavasi penyelamatan ialah di kawasan tanah lapang berhadapan Muzium Tuan Yang Terutama, Bukit St. Paul, Banda Hilir Melaka. Penyelidikan dan eksvasai ini bertujuan untuk menilai tapak dari segi potensi arkeologi sebelum cadangan pembangunan dilaksanakan bagi merancang pelan strategik seterusnya berdasarkan kepada hasil kajian. Penyelidikan dan ekskavasi arkeologi juga dijalankan bagi mendapatkan maklumat data baru di Bukit St. Paul, Melaka. Keluasan tapak ekskavasi ialah 10 meter x 10 meter…
Selasa, 07 Mac 2017

MENYELIA KAJIAN SURVEY DAN PENYELIDIKAN TAPAK TRADISI MEGALITIK DI LONG PASIA, SIPITANG

Kajian Survey Dan Penyelidikan Tapak Tradisi Megalitik Di Long Pasia, Sipitang tapak tradisi megalitik di Long Pasia berjaya disurvei dan direkodkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah bagi tujuan pendokumentasian dan perancangan perlindungan tapak pada masa akan datang - April 2016 {gallery}/media/jw_sigpro/users/0000000170/long parsia{/gallery}
Selasa, 07 Mac 2017

PENDOKUMENTASIAN DAN PENYELIDIKAN LUKISAN PRA SEJARAH DI GUA TAMBUN, PERAK

PENDOKUMENTASIAN LUKISAN PRASEJARAH DI GUA TAMBUN TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN KAEDAH SURVEI UNTUK TUJUAN PEREKODAN PADA APRIL 2016 Kerja-kerja pendokumentasian ini telah dijalankan oleh Fakulti Hartanah dan Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia serta Jabatan Warisan Negara pada 2 hingga 4 April 2016. Pendokumentasian ini menggunakan peralatan pengimbas laser dan fotogrametri. Penggunaan peralatan dan teknologi moden ini dapat membantu memperolehi maklumat dengan tepat memudahkan proses pendokumentasian. Maklumat yang sebelum ini sukar diperolehi kini dapat direkod dan dicerap dengan mudah Maklumat yang direkodkan dapat digunakan untuk tujuan penyelidikan, kerja-kerja pemeliharaan, pemuliharaan serta rujukan untuk generasi akan datang. {gallery}/media/jw_sigpro/users/0000000170/TEST{/gallery}
Isnin, 06 Mac 2017

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DALAM BIDANG BERKAITAN PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN KEBUDAYAAN DI BAWAH AIR ANTARA JABATAN WARISAN NEGARA DAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

20 Febuari 2017 - Satu memorundum persefahaman telah ditandatangani dalam bidang berkaitan pememuliharaan dan pemeliharaan warisan kebudayaan di bawah air antara Jabatan Warisan Negara dan Universiti Malaysia Terengganu bagi menjalankan kajian dan penyelidikan berkenaan kapal karam pulau bidong. Dengan wujudnya kerjasama ini dilihat dapat menghasilkan kajian dan pernyeldikan yang lebih berkualiti. {gallery}/media/jw_sigpro/users/0000000170/MOU{/gallery}
Isnin, 20 Februari 2017

ESKAVASI BANGKAI PESAWAT U.S C-47 GUNUNG BUBU, BERUAS PERAK DARUL RIDZUAN - LAWATAN TAPAK

TARIKH : 25 FEBRUARI 2015 TEMPAT : BGUNUNG BUBU, BERUAS PERAK DARUL RIDZUAN
Selasa, 14 Jun 2016

PENYELIDIKAN DAN EKSKAVASI JUMPAAN MERIAM DI KAMPUNG TANJUNG, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

TARIKH : 17-18 JUN 2015 TEMPAT : KAMPUNG TANJUNG, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN
Selasa, 14 Jun 2016
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Layout Style
Select menu