Cetak
 
 
   
 
  Artifak yang ditemui di Mangsi
 
Artifak yang ditemui di Mangsi Artifak yang ditemui di Mangsi
 



MAKLUMAT KAPAL

 

Penemuan kapal karam bersejarah ini merupakan sejarah baru bagi warisan kebudayaan di bawah air negara yang perlu dipulihara dan pelihara sepenuhnya oleh JWN.Keadaan kapal yang masih in situ dan baik membolehkan sejarah maritim Borneo dan Malaysia dapat didokumentasikan dan dirungkai sebaik-baiknya melalui kajian yang komprehensif terhadap penemuan bersejarah ini.

Khazanah maritim negara ini seharusnya menjadi landasan terbaik bagi JWN membuktikan kekuatan dan keazaman bagi menghasilkan kajian terbaik melalui gabungan pakar arkeologi bawah air tempatan dan luar negara agar setiap inci kapal dapat direkod dan dikaji sedalam-dalamnya sebagai sumber sejarah negara yang berkaitan dengan perdagangan maritim pada masa itu.

Kajian segera wajar dijalankan bagi mengelakkan ianya tidak terganggu oleh aktiviti nelayan dan penyelam yang idamkan khazanah harta karun kapal karam tanpa memikirkan akan nilai sejarah kapal tersebut.Tinjauan awal ini diharap dapat memberi sinar baru ke arah memelihara dan memulihara warisan kebudayaan di bawah air negara.