Sejarah Penubuhan

Jabatan Warisan Negara merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara serta mempromosikan kekayaan warisan Malaysia. Jabatan ini bermula sebagai Bahagian Warisan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA).

Pada 1 Mac 2006, Bahagian Warisan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah bergabung bersama Bahagian Antikuiti dari Jabatan Muzium Negara untuk dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan iaitu Jabatan Warisan Negara.

Jabatan Warisan Negara bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan Warisan Negara seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Fungsi utama Jabatan Warisan Negara adalah:

  1. Menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005
  2. Mendaftarkan warisan negara ke dalam Daftar Warisan Kebangsaan
  3. Memelihara dan memulihara warisan negara
  4. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan warisan
  5. Mendokumentasi dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan berkaitan warisan
  6. Merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan warisan
  7. Membantu dalam menyediakan pencalonan Tapak Warisan Dunia dan pengiktirfan dunia yang lain seperti Memory of The World dan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara
  8. Memantau Tapak Warisan Dunia di Malaysia