×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 414
Rabu, 29 Januari 2020 19:36

BENGKEL BUSANA WARISAN MELAYU: GARIS PANDUAN DAN TATACARA PERLINDUNGAN WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA

Written by

Pada 15 hingga 17 Oktober 2019, bertempat di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Selangor telah berlangsungnya “Bengkel Busana Warisan Melayu” anjuran Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara.

Bengkel yang menjadi ruang perbincangan dan perkongsian idea itu diadakan bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi menyediakan Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Busana Melayu. Usaha murni yang dilaksanakan ini adalah bagi memartabat busana yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dan bersesuaian dengan kehendak Seksyen 124 (f), Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) iaitu menetapkan Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara. Bengkel ini juga telah dilaksanakan bersempena dengan “Visit Malaysia 2020 (VM2020)” untuk pelaksanaan program VM 2020 Tahun 2019 di bawah Sektor Kebudayaan.

Tiga penceramah yang berpengalaman luas dan merupakan pakar berhubung busana iaitu YBrs. Prof. Siti Zainon Ismail, Puan Zubaidah Sual dan Y.M. Raja Kobat Salahuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah dijemput bagi mengemudikan perjalanan bengkel tersebut. Seramai 35 peserta dari beberapa agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para penyelidik dan ilmuan, serta para penggiat telah menyertai bengkel. Pengisian bengkel adalah sesi diskusi berkonsepkan interaktif yang memfokuskan kepada 4 topik utama iaitu Busana Tradisional, Busana Persembahan, Busana Perkahwinan dan Busana bagi Majlis Rasmi.

Sepanjang sesi bengkel, para peserta telah memberikan komitmen yang amat baik dalam sesi perbincangan, pembentangan dan sesi soal jawab yang melahirkan input yang amat berguna berhubung cara berbusana yang betul. Sesi bengkel diakhiri dengan acara penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mesran bin Mohd Yusop; Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my