Dzulkifli Bujang

Dzulkifli Bujang

Thursday, 30 January 2020 02:29

Tiada Pengumuman Buat Masa Ini.

Tiada Pengumuman Buat Masa Ini.

Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mengadakan satu bengkel bagi penyediaan dokumen pencalonan ’Malaysian Heritage Food’ ini bagi membincangkan penyediaan dokumen dan input daripada komuniti bagi melengkapkan borang pencalonan Representative List of the Intangible Cultural Heritage of humanity di bawah Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage 2003 UNESCO.

Bengkel ini telah diadakan bermula pada 2 – 4 Mei 2019 yang lalu bertempat di Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur, Shah Alam. Dalam Bengkel tersebut, seramai 20 peserta terlibat dari pelbagai agensi seperti pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), universiti awam dan swasta, Persatuan makanan, Jawatankuasa Pakar Makanan Warisan, pengusaha makanan dan restoran dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat sepanjang bengkel 3 hari tersebut. Bengkel ini telah diketuai oleh En. Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, JWN.

Sayembara Dendangan Syair 6 Zon diadakan dan disemarakkan di peringkat zon utara (14 September 2019), zon selatan (21 September 2019), zon tengah (28 September 2019), zon timur (5 Oktober 2019), zon Sarawak (12 Oktober 2019) dan zon Sabah (19 Oktober 2019) seterusnya ke peringkat Kebangsaan (peringkat akhir) di Dewan Tunku Abdul Rahman, (MaTiC) Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2019.

Sayembara Dendangan Syair 6 Zon Peringkat Kebangsaan (akhir) ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Penganjuran Sayembara Dendangan Syair 6 Zon ini akan menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap syair yang kini dilihat semakin jarang dipersembahkan dalam mana-mana program mahupun pertandingan.

Sayembara ini juga boleh dijadikan platform bagi peserta menyerlahkan bakat dalam penyampaian dan persembahan puisi tradisional. Syair telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009 di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Johan di setiap zon membawa pulang RM 1000, naib johan RM800, Tempat Ketiga RM500 manakala Juara Peringkat Kebangsaan membawa pulang RM 3000 yang dimenangi oleh Cik Shaidatul Nadira binti Harun (Zon Selatan), Naib Juara membawa pulang RM2000 yang dimenangi oleh Cik Siti Aisyah binti Muhamad (Zon Utara) dan Tempat Ketiga oleh Encik Ariff Adly bin Mohamad (Zon Sarawak) yang membawa pulang RM1000. Dengan adanya penganjuran sayembara ini ia dapat membentuk keperibadian peserta melalui puisi tradisional disamping memulihara dan menjamin kelangsungan hayat warisan tidak ketara.

Pada 15 hingga 17 Oktober 2019, bertempat di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Selangor telah berlangsungnya “Bengkel Busana Warisan Melayu” anjuran Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara.

Bengkel yang menjadi ruang perbincangan dan perkongsian idea itu diadakan bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi menyediakan Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Busana Melayu. Usaha murni yang dilaksanakan ini adalah bagi memartabat busana yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dan bersesuaian dengan kehendak Seksyen 124 (f), Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) iaitu menetapkan Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara. Bengkel ini juga telah dilaksanakan bersempena dengan “Visit Malaysia 2020 (VM2020)” untuk pelaksanaan program VM 2020 Tahun 2019 di bawah Sektor Kebudayaan.

Tiga penceramah yang berpengalaman luas dan merupakan pakar berhubung busana iaitu YBrs. Prof. Siti Zainon Ismail, Puan Zubaidah Sual dan Y.M. Raja Kobat Salahuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah dijemput bagi mengemudikan perjalanan bengkel tersebut. Seramai 35 peserta dari beberapa agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para penyelidik dan ilmuan, serta para penggiat telah menyertai bengkel. Pengisian bengkel adalah sesi diskusi berkonsepkan interaktif yang memfokuskan kepada 4 topik utama iaitu Busana Tradisional, Busana Persembahan, Busana Perkahwinan dan Busana bagi Majlis Rasmi.

Sepanjang sesi bengkel, para peserta telah memberikan komitmen yang amat baik dalam sesi perbincangan, pembentangan dan sesi soal jawab yang melahirkan input yang amat berguna berhubung cara berbusana yang betul. Sesi bengkel diakhiri dengan acara penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mesran bin Mohd Yusop; Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara.

Wednesday, 29 January 2020 19:32

BENGKEL PEMURNIAAN BUTIRAN WARISAN SYAIR

Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara telah mengadakan Bengkel Pemurnian Butiran Warisan Syair pada 5 hingga 6 April bertempat di Hotel Best Western i –City Shah Alam. Bengkel ini dihadiri oleh juri-juri Sayembara Dendangan Syair 6 Zon dan para pegawai dan kakitangan Jabatan Warisan Negara.

Objektif bengkel ini diadakan bagi menyediakan satu garis panduan dan tatacara untuk rujukan utama kepada semua pihak berkenaan teks dan irama syair yang akan digunapakai di Sayembara Dendangan Syair 6 Zon. Bengkel ini juga untuk mewujudkan ruang percambahan dan perkongsian ilmu antara agensi kerajaan dan penggiat puisi tradisional agar bagi menghasilkan tatacara untuk rujukan dan panduan bagi pengadilan sesebuah pertandingan puisi tradisional.

Pada 20-21 Mac 2019 yang lalu telah berlangsungnya Bengkel Songket: Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity 2019 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor. Bengkel yang menjadi ruang perbincangan dan perkongsian idea itu diadakan untuk mengumpul dan memperkemaskan maklumat bagi Pencalonan Songket sebagai Warisan Dunia 2019 di bawah Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity, UNESCO.

Usaha murni yang dilaksanakan ini adalah bersesuaian dengan kehendak Borang Pencalonan UNESCO sebelum dihantar kepada pihak sekretariat UNESCO pada 31 Mac 2019. Selain itu, bengkel tersebut juga bertujuan mendapatkan persetujuan bersama dari semua pihak yang terlibat secara langsung dengan elemen songket. Justeru itu, bengkel tersebut telah disertai oleh beberapa wakil dari agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para penyelidik, jawatankuasa pakar busana, tekstil dan seni hias diri serta para penggiat songket.

Menerusi pelaksanaan bengkel tersebut, semua peserta telah menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan untuk mengangkat dan mencalonkan songket bagi mendapatkan pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO. Dengan pengiktirafan ini diharapkan semoga ia menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk lebih serius menceburi bidang seni kraf warisan Songket di samping dapat memartabatkan dan melindungi elemen songket daripada terus pupus.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable