Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

PEMBENTANGAN AKHIR KAJIAN AWALAN (PRE-LIMINARY) KAWASAN TERTIARI TAPAK WARISAN DUNIA MELAKA DAN GEORGE TOWN

Tarikh : 10 Ogos 2018 (Jumaat)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Mezzanine

             Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

 

 Laporan akhir Kajian Awalan (Preliminary Study) Kawasan Tertiari Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town ini telah dibentangkan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai oleh YBrs Dr. Shuhana binti Shamsuddin yang merupakan pakar dalam bidang rekabentuk bandar. Kajian awalan ini dibuat untuk memastikan Nilai-Nilai Keunggulan Sejagat (Outstanding Universal Value) Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town tidak terganggu dan status tapak tersebut dapat terus dikekalkan.

Penghasilan Kajian Awalan ini mengandungi tinjauan awal kawasan luar Zon Penampan (Buffer Zone) bagi mengenal pasti kawasan yang perlu dimasukkan sebagai kawasan Tertiari; isu pembangunan dan masalah yang akan melibatkan tapak warisan dunia serta garis panduan umum pembangunan untuk ketinggian kawasan tertiari.

Kajian ini juga merupakan asas rujukan bagi kajian seterusnya untuk menghasilkan Garis Panduan Kawalan Pembangunan (rekabentuk dan aktiviti) bagi kawasan Tertiari. Penyediaan dasar atau garis panduan Kawasan Tertiari (Tertiary Zone) adalah selari dengan hala tuju pihak UNESCO bagi semua Tapak Warisan Dunia.

Friday, 14 September 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM HARI WARISAN ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG BIL 1/2018

Tarikh : 12 September 2018 (Rabu

Masa : 11.00 Pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat

               Rumah Rehat Lenggong

              33400 Lenggong, Perak

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Hari Warisan Arkeologi Lembah Lenggong telah diadakan pada 12 September 2018 (Rabu) bagi membincangkan dan menyelaras pengisian program serta agihan tugas setiap agensi berkaitan.

Program bakal diadakan pada 19 hingga  20 Oktober 2018 (Jumaat-Sabtu).  Lokasi yang dicadangkan adalah di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Program ini  akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan di peringat Negeri Perak, pelajar-pelajar dan komuniti setempat.

Program ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan Tapak Warisan Dunia Arkeologi Lembah Lenggong khususnya kepada masyarakat umum. Disamping itu juga, program ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara jabatan/agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Majlis perasmian bermula jam 11.00 pagi dan dicadangkan akan disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Antara pengisian program ini adalah program gotong royong, program Tunas Arkeologi, Forum Warisan dan kenduri rakyat.

Friday, 14 September 2018

MESYUARAT PENCALONAN TAMAN NEGERI ROYAL BELUM SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Tarikh : 6 Ogos 2018 (Isnin)

Masa : 2.30 Petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Mezzanine

Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs Hj. Mesran bin Mohd Yusop, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Warisan Negara. Turut dihadiri oleh wakil-wakil dari agensi di peringkat negeri termasuk Pejabat Tanah & Galian Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, WWF (World Wide Fund for Nature), Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan agensi yang berkaitan.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menyelaras maklumat dan tugasan antara agensi yang berkaitan untuk proses pencalonan Taman Negeri Royal Belum sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dokumen Tentative List  Taman Negeri Royal Belum yang merupakan dokumen awal telah dihantar kepada pihak UNESCO pada Februari 2017 serta telah diluluskan semasa Mesyuarat World Heritage Committee ke 41 di Krakow, Poland.

Friday, 14 September 2018

Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa menyokong aktiviti membudayakan warisan seni budaya Malaysia kepada setiap golongan masyarakat. Penglibatan dalam aktiviti sihat seperti bersukan contohnya akan membentuk sahsiah diri seseorang untuk menjadi seorang yang mudah bekerjasama, fokus dan berdisplin. Apatah lagi sekiranya aktiviti-aktiviti sihat ini diterapkan diawal usia bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Justeru, JWN mengalu-alukan usaha  Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah menganjurkan Karnival Permainan Pendidikan Khas pada 6-16 Ogos 2018. Sebanyak 65 sekolah rendah dan menengah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menawarkan pendidikan khas kepada murid berkeperluan khas telah turut serta dalam karnival ini.  Seramai 8 kakitangan Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), JWN telah dijemput sebagai pengadil bagi pertandingan sukan rakyat yang berlangsung pada 14-16 Ogos 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pertandingan yang dibahagikan kepada kategori sekolah rendah dan menengah ini melibatkan permainan congkak, batu seremban, dam aji, sepak takraw, galah panjang dan tarik tali. Selain kakitangan JWN sendiri, sukarelawan dari IPG Ilmu Khas turut dijemput menjadi pengadil pada pertandingan ini.

Ternyata objektif karnival ini yang bertujuan memberi peluang kepada para pelajar berkeperluan khas menonjolkan bakat individu serta sifat berdaya saing secara sihat berjaya dicapai. Karnival ini ternyata membuka mata bahawa kekurangan pada seseorang bukanlah penghalang untuk melakukan sebarang aktiviti yang diminati. Semua peserta yang mengambil bahagian jelas menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi serta jelas keseronokan mereka bermain dan bergaul diantara satu sama lain walaupun berlainan sekolah. Selain sukan rakyat, permainan lain yang dipertandingkan pada Karnival Permainan ini adalah bowling, futsal dan bola jaring. Majlis penutup karnival ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Aziz bin Md Hashim, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.       

Tuesday, 28 August 2018

PENGUMUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON JABATAN WARISAN NEGARA

PENGUMUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON 
JABATAN WARISAN NEGARA 

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon Jabatan Warisan Negara tidak dapat berfungsi dengan baik buat masa ini akibat dari proses perpindahan pejabat dan penyelenggaraan. 

 

Sehubungan itu, orang ramai diminta menghubungi nombor sementara berikut (03-26044810) sekiranya ingin berurusan dengan jabatan ini. 

 

Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan akan memaklumkan sebarang status terkini dari semasa ke semasa.

PROGRAM SINGGAH SANTAI@PNM 2018

Thursday, 09 August 2018

ASEAN SONGKET FESTIVAL & INTERNATIONAL SONGKET RUN 2018

Asean Songket Festival  telah berlangsung pada 18 dan 19 Julai 2018 (Rabu dan Khamis) & International Songket Run 2018 pada 21 Julai 2018 (Sabtu) di Management and Science University (MSU), Shah Alam. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti terutamanya kepada remaja tentang keunikan dan keindahan Songket. Ia melibatkan penyertaan dalam dan Luar Negara iaitu Brunei, Indonesia dan Thailand. Selain Jabatan Warisan Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Institut Kraftangan Negara, Karyaneka dan Malaysian Songket Fashion Award (MASFA) juga turut terlibat. MSU telah menerima pengiktirafan Malaysia Books of Records kerana penglibatan paling ramai dalam Asean Songket Festival. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

Thursday, 09 August 2018
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  Next 
  •  End 
Page 1 of 8
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech