Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

MARDI perkenal baka Kedah-Kelantan Elit

MARDI perkenal baka Kedah-Kelantan Elit

 

Intan Suhana Che Omar

23 Ogos 2018 4:00 PM

 

LEMBU Kedah-Kelantan (KK) merupakan baka lembu pedaging tempatan yang telah diternak di negara ini sejak berdekad-dekad yang lalu.

Ia merupakan baka tempatan yang penting untuk sumber ekonomi dan genetik dalam industri lembu pedaging di negara ini.

27 Aug 2018 0 comment  

Walau bagaimanapun, baka ini kurang digemari sebahagian penternak kerana ia bersaiz kecil dengan berat pada umur matang dua tahun antara 160 kilogram hingga 230 kilogram.

Menyedari hakikat itu, Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan penyelidikan untuk menaik taraf baka KK sedia ada untuk menjadi lebih besar dan dikomersialkan.

Pengurus MARDI Kemaman, Abdul Razak Mahmood berkata, untuk tujuan itu, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memulakan program pemulihan dan peningkatan baka secara berstruktur pada tahun 2006.

Katanya, program tersebut bertujuan untuk memilih baka Kedah-Kelantan tempatan dengan ciri-ciri fenotip yang seragam serta kadar kesuburan dan berat matang yang tinggi.

Dalam pada itu, Menurut Penyelidik Pusat Penyelidikan Sains Ternakan MARDI, Dr. Marini Ahmad Marzuki, kajian telah dijalankan ke atas Lembu KK dengan menggunakan sistem pengurusan makanan yang lebih baik untuk menghasilkan lembu pedaging yang lebih besar dan kompeten.

Katanya, sistem pengurusan makanan tersebut termasuk pemberian rumput foder dan makanan tambahan yang telah berjaya meningkatkan purata pertambahan berat badan harian (ADG) bagi Lembu KK.

“Menerusi cara tersebut ADG bagi Lembu KK berjaya ditingkatkan dari 160 gram sehari kepada 350 gram sehari dalam sistem semiintensif.

“Dalam program penggemukan, ADG Lembu KK elit boleh mencapai sehingga 800 gram sehari bagi lembu betina dalam sistem intensif atau fidlot,” katanya.

Tambahnya, sebanyak tiga jenis formulasi makanan telah dirangsumkan iaitu bagi peringkat tumbesaran ekstensif atau semiintensif, penggemukan dalam sistem intensif atau fidlot dan peringkat ibu menyusu bagi menyesuaikan keperluan pertumbuhan dan sistem penternakan yang lazim digunakan di Malaysia.

Makanan formulasi dirangsumkan dengan menggunakan bahan sampingan pertanian bagi mencapai keperluan tenaga dan protein untuk tumbesaran optimum Lembu KK Elit.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Program Pedaging Pusat Penyelidikan Sains Ternakan MARDI, Dr. Mohd. Rosly Shaari menjelaskan, setelah program tersebut dijalankan selama 12 tahun, baka KK Elit ini berjaya dibesarkan sehingga mencapai berat maksimum antara 430 hingga 460 kilogram (kg) bagi jantan dan 220 hingga 250 kilogram bagi betina pada umur tiga hingga empat tahun.

Menurutnya, kajian komposisi genetik turut dijalankan dan menunjukkan Lembu KK Elit mempunyai peratusan ketulenan KK yang tinggi iaitu sebanyak 94.3 peratus.

Hal ini juga membuktikan walaupun kajian pembaikbakaan telah dijalankan, genetik lembu KK tetap dikekalkan tanpa sebarang kacukan dengan baka lain memandangkan baka Lembu KK merupakan warisan kebangsaan dan memerlukan usaha pemuliharaan.

“Sumber genetik lembu pejantan (baka atau semen) daripada baka KK Elit ini akan digunakan bagi Pembangunan Program Lembah Pedaging Kemaman seperti yang dihasratkan oleh Menteri Pertanian (dan Industri Asas Tani).

“Dianggarkan semen daripada 26 ekor baka KK Elit ini mampu untuk membiakkan sebanyak 12,480 induk betina di Daerah Kemaman,” ujarnya.

Pertingkat pengeluaran daging tempatan

MENURUT Timbalan Pengarah Program Pedaging Pusat Penyelidikan Sains Ternakan MARDI, Dr. Mohd. Rosly Shaari, pembangunan baka tempatan KK ini perlu diberi perhatian serius iaitu dengan mengembangkan populasi bagi mengelakkan kepupusan dan menaik taraf prestasi baka.

Hal ini adalah bagi memastikan negara serta masyarakat penternak khususnya dapat mengambil kesempatan ke atas potensi baka yang tinggi untuk diketengahkan sebagai ternakan lembu baka pedaging tempatan.

Pembaikbakaan Lembu KK ini juga diharap dapat meningkatkan kadar pengeluaran daging dalam negara selain mengurangkan kos pengimportan.

“Baka terbaik daripada tiga generasi ini dilihat mampu merancakkan industri lembu pedaging di negara ini memandangkan kebolehannya untuk membesar dengan cepat dan lebih besar.

“Ia juga dapat menguntungkan penternak untuk mengkomersialkan hasil ternakan mereka ke peringkat yang lebih besar kerana mempunyai bekalan yang mencukupi,” jelasnya.

Baka ini juga dilihat mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada penternak memandangkan ia mempunyai ciri-ciri penting seperti ketahanan kepada haba dan penyakit selain mampu menghasilkan pengeluaran daging dalam skala yang besar.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/mardi-perkenal-baka-kedah-kelantan-elit-1.734418#ixzz5P3URhffm 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech