Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Cari penyelesaian terbaik

Cari penyelesaian terbaik

ROSLINDA HASHIM

15 OGOS 2018

Mukhriz (kiri) berbincang sesuatu bersama Exco, Ooi Tze Min sebelum persidangan Dun bermula.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan terus mengadakan perbincangan bersama Yayasan Islam Kedah Holdings Sdn Bhd (Yiked) dan penduduk bagi mencapai penyelesaian terbaik berhubung projek kuari batu kapur di Gunung Pulai, Baling, yang mendapat bantahan penduduk.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pihaknya akan berusaha agar dapat mencari penyelesaian berbentuk menang-menang di antara pihak terlibat.

27 Aug 2018 0 comment  

“Kerajaan negeri sedar terdapat beberapa gua seperti Gua Kelambu di situ yang miliki nilai khazanah yang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan, serta memberi pulangan kepada penduduk setempat, namun perjanjian sedia ada dengan Yiked agak sukar dirungkai,” katanya yang menjawab soalan Abdul Nasir Idris (Pas-Bayu).

Mukhriz berkata, walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap perimbangan antara pembangunan dengan pemuliharaan alam sekitar, namun projek kuari berkenaan sudah diluluskan pada 2012 serta mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) pada 2014.

“Ketika itu, Jabatan Teknikal dan Jabatan Warisan Negara juga tidak menghalang projek terbabit, namun kita prihatin dengan rintihan penduduk berhubung masalah dibangkitkan jika projek berkenaan diteruskan,” katanya.

Menurutnya, ini menyebabkan proses perbincangan bersama Yiked masih dilakukan bagi memenuhi kehendak semua pihak.

“Antara yang boleh dipertimbangkan sekiranya mendapat persetujuan pihak terlibat adalah untuk tarik keluar kawasan yang dianggap khazanah yang boleh dibangunkan sebagai prospek pelancongan, iaitu mengecilkan keluasan permohonan asal daripada 40.44 hektar kepada 38.77 hektar,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Abdul Nasir berhubung pewartaan tanah terlibat pada 1 Mac 2018, Mukhriz berkata, pengambilan tanah itu diluluskan pada 2012 dan meresahkan penduduk susulan turut melibatkan beberapa kawasan sawah padi.Pada 29 Julai lalu, lebih 300 penduduk dari  Kampung Pulai, Kampung Sungai Limau dan Kampung Dalam Wang, mewakili lebih 1,000 penduduk berdekatan Gunung Pulai membantah projek kuari sekitar Gua Kelambu di gunung terbabit.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/cari-penyelesaian-terbaik-1.869079

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech