Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Masjid lama serlahkan unsur tradisional di kawasan moden

Masjid lama serlahkan unsur tradisional di kawasan moden

NOOR AINON MOHAMED YUSOF

18 OGOS 2018

Azim (kiri) semasa penyerahan simbolik Masjid KampungTeluk Memali kepada Mohd Haidi sambil diperhatikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Teluk Memali - Seri Bougainvillea, Jamil Muhamed (tengah), kelmarin.

IPOH - Masjid Kampung Teluk Memali yang berusia 108 tahun yang berjaya disiapkan sepenuhnya September lalu diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, kelmarin.

Pemindahan masjid dari Kampung Gajah ke Taman Seri Bougainvillea, Bandar Seri Botani di sini, masih mengekalkan bentuk asal seperti rumah tradisional Melayu sekitar 1414.

27 Aug 2018 0 comment  

Ketua Pegawai Eksekutif ATSA Architects, Azim A Aziz berkata, pihaknya membelanjakan sejumlah RM600,000 bagi pembinaan dan pemulihan masjid itu.

"Ia melibatkan kos mengalihkan bangunan, melantik kontraktor serta memperbaiki pelbagai kerosakan dan telah menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) daripada pihak berkuasa tempatan.

"Kerjasama yang dijalankan bersama Politeknik Ungku Omar (PUO) itu mengambil tempoh masa sehingga setahun untuk mengekalkan nilai warisan dan keaslian seni bina dan struktur rumah ibadat agar tidak luput ditelan zaman," katanya selepas Majlis Penyerahan bangunan masjid itu kepada Maipk di sini.

Menurutnya, pihaknya memohon untuk menjadikan ia sebagai bangunan warisan negara.

"Kita membaik pulih masjid tradisional ini mengikut piawaian Jabatan Warisan Negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Maipk, Mohd Haidi Sulaiman berkata, pembinaan masjid tradisional turut mendapat kelulusan dan sokongan jawatankuasa fatwa negeri.

"Masjid yang berhampiran Sungai Perak itu tidak lagi digunakan di Kampung Teluk Memali apabila penduduk kampung telah dipindahkan kerana sering berlakunya banjir.

"Kita memilih Bandar Seri Botani ini kerana mahu unsur-unsur tradisional masjid ini dapat digarapkan dengan kawasan moden sekaligus menjadi satu kelainan dan cantik dalam kawasan perumahan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/masjid-lama-serlahkan-unsur-tradisional-di-kawasan-moden-1.870015

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech