Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Bukit Bendera disyorkan tapak Warisan UNESCO

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

GEORGETOWN: Kerajaan negeri mahu mencadangkan Bukit Bendera sebagai tapak simpanan biosfera warisan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata ia berikutan faktor sejarah dan biosfera di Bukit Bendera yang memiliki kawasan hutan simpan kekal berusia 130 juta tahun, selain lokasinya yang unik.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri melalui Perbadanan Bukti Bendera (PBBPP) dan beberapa pihak berkaitan kini sedang mengumpul maklumat terperinci mengenai kawasan berkenaan untuk dihantar kepada UNESCO.

"Cadangan ini akan membabitkan kawasan seluas 12,841 hektar, termasuk di Teluk Bahang dan 20 peratus kawasan permukaan laut di situ, Taman Negara Pulau Pinang serta Taman Botani.

"Bagaimanapun, cadangan ini perlu mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan, sebelum diserahkan kepada UNESCO bagi tindakan lanjut.

KETUA Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menanam pokok sempena Festival Bukit Bendera hari ini. Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Cheok Lay Leng (kanan). - Foto BERNAMA

"Kita juga menjangkakan laporan penuh mengenainya dapat disiapkan pada Ogos ini, sebelum ia diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan selewat-lewatnya 30 September," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penganjuran julung kali Festival Bukit Bendera bertemakan 'Melihat Alam Semula Jadi dan Merasai Sejarahnya' di sini, hari ini.

Turut hadir, EXCO Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Yeoh Soon Hin; Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) KOMTAR, Teh Lai Heng dan Pengurus Besar PBBPP, Cheok Lay Leng.

Kon Yeow berkata, cadangan mewartakan Bukit Bendera sebagai tapak simpanan biosfera warisan itu antara lain mampu menggalakkan aktiviti kajian khazanah hutan dara berusia 130 juta tahun.

"Ia sekali gus akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Bukit Bendera yang terletak di bahagian tengah pulau di negeri ini dan akan memberi perubahan besar kepada kawasan ini.

"Justeru, kita berharap panel UNESCO dapat menjalankan penilaian di Bukit Bendera yang kaya dengan flora, fauna dan sejarah dalam tempoh satu atau dua tahun daripada sekarang," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media, Kon Yeow berkata, cadangan pembinaan Lebuh Raya Pan Island Link I (PIL I) menerusi Pelan Induk Pengangkutan (PIP) tidak akan menjejaskan permohonan penarafan berkenaan.

"Lebuh raya yang menghubungkan kawasan Relau ke Teluk Bahang ini dibina di luar kawasan yang dicadangkan, sekali gus tidak akan memberi impak kepada permohonan yang bakal dikemukakan kepada UNESCO nanti," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/07/452042/bukit-bendera-disyorkan-tapak-warisan-unesco

25 Jul 2018 0 comment  

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech