Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

MESYUARAT PENGURUSAN TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO DI MALAYSIA

Tarikh : 13 September 2018 (Khamis)

Masa : 2.30 Petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Mezzanine

               Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

 

Mesyuarat Pengurusan Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia telah diadakan pada 13 September 2018 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Mezzanine Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengurus Tapak Warisan Dunia Taman-Taman Sabah, Taman Negara Mulu, Melaka dan George Town dan Tapak Arkeologi Lembah Lenggong. Turut hadir dalam mesyuarat ini daripada pihak UPEN Negeri, Pejabat MOTAC Negeri, Pejabat Tourism Negeri,dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa  diperingkat negeri yang berkaitan.

 

Mesyuarat ini diadakan dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantauan dan kawalan Tapak-Tapak Warisan Dunia di seluruh Malaysia serta memastikan ianya dapat diuruskan dengan sebaik mungkin selaras dengan kehendak pihak UNESCO. Mesyuarat ini turut bertujuan untuk mendapatkan laporan dan maklum balas mengenai program dan aktiviti serta isu yang berkaitan dengan pengurusan Tapak Warisan Dunia yang perlu diambil maklum dan tindakan JWN dan semua pihak yang berkaitan.

 

 

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech