Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

IFTAR@BERBUKA PUASA @ KUALA LUMPUR 2018 DI DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR

Program Iftar(Berbuka Puasa)@Kuala Lumpur 2018 telah dilaksanakan bermula sejak tahun 2012 dan tahun ini merupakan tahun ketujuh (7) keseluruhan dan kesinambungan daripada program Festival Ramadan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sebelum ini. Iftar@Kuala Lumpur 2018 juga diurusetiakan bersama oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian. Program ini telah berlangsung setiap hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan iaitu bermula pada 26, 27 Mei dan 2, 3, 9, 10 Jun 2018. Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dipertanggungjawabkan dilantik sebagai Jawatankuasa Kecil bagi pameran bubur lambuk. Program iftar tahun ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Antara objektif pameran ini adalah untuk mengadakan pameran berkenaan bubur lambuk yang merupakan makanan Warisan Kebangsaan yang telah diisytiharkan pada tahun 2015. Kedua, untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat terhadap makanan warisan negara supaya masyarakat lebih memahami dan menghargai warisan negara serta memartabatkan dengan memupuk semangat cintakan warisan sebagai identiti dan jati diri negara.

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech