Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

PENYELIDIKAN WARISAN TIDAK KETARA SEMPENA FESTIVAL SENI DAN BUDAYA WARISAN NEGERI TERENGGANU 2017

 “Negeri Cantik, Budaya Menarik” merupakan tema Tahun Melawat Terengganu 2017 atau lebih dikenali dengan jolokan Visit Beautiful Terengganu, Malaysia 2017(BVT 2017) Bernama. Pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, badan berkanun, swasta atau pun di peringkat persekutuan telah saling bekerjasama merencanakan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun 2007 ini.

Dengan adanya aktiviti-aktiviti tersebut, dijangka dapat menambah lagi kehadiran pelawat ke negeri Terengganu meliputi semua peringkat lapisan masayarakat sama ada dari dalam atau luar negara. Salah satu acara menarik ialah dengan penganjuran Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu yang berlangsung pada 14 dan 15 April 2017 dan bertempat di Desa Ukiran Kayu, Besut, Terengganu.

Muzium Negeri Terengganu merupakan penganjur utama festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu ini. Objektif utama penganjuran festival ini ialah bagi memperkenalkan budaya tradisi yang ada di Negeri Terengganu kepada generasi muda tempatan dan juga pihak luar.

Di samping dapat mengembalikan nostalgia kepada peminat seni dan budaya dari kalangan kelompok veteran, penganjuran festival ini dapat mengumpulkan budayawan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing  di bawah satu bumbung.

Rekod penting penggiat seni dan budaya juga dapat dikumpulkan oleh pihak penganjut sebagai rujukan. Kehadiran 10,000 orang pengunjung ke festival kali ini merupakan matlamat yang telah disasarkan oleh pihak penganjur.

Ukiran Tradisi Melayu yang diangkat sebagai Warisan Kebangsaan di Majlis Pengisytihatan Warisan Kebangsaan 2015 merupakan daya tarikan utama di Desa Ukiran Kayu ini. Dikatakan sejarah ukiran Melayu telah dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan hiasan di istana-istana seperti di Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. Selain istana, bangunan rumah orang kenamaan, masjid, pintu gerbang, pada alatan muzik, perabot, peralatan memasak, pengangkutan seperti sampan, perahu, kereta kuda atau pedati lembu turut terdapat seni ukiran kayu yang sangat unik.

Antara jenis motif yang popular seperti; Motif makhluk (hidup) walaupun unsur ini kurang dijelmakan kerana terdapat larangan agama Islam mencipta ukiran berdasarkan makhluk hidup. Namun, kita dapat juga melihat motif-motif seperti itik pulang petang, badak mudik, ayam berlaga dan lain-lain. Pemilihan ini berdasarkan kepada persekitaran hidup orang Melayu yang rapat dengan memerhatikan persekitaran mereka (haiwan peliharaan, sifat dan perlakuan haiwan dan lain-lain) yang dijelmakan dalam bentuk ukiran.

Motif kosmos dan angkasa yang dikaitakan gambaran alam maya seperti gunung-ganang, matahari, awan berarak, bintang, bulan, bukit bukau dan lain-lain turut menjadi pilihan. Motif geometri  melibatkan beberapa bentuk bulatan dan tiga segi yang disusun secara berderetan. Kadang kalanya ia ditambah dengan motif-motif yang lain. Motif kaligrafi pula apabila setelah kedatangan Islam, turut berlaku perubahan dalam motif ukiran Melayu. Mereka menggunakan huruf arab/tulisan jawi termasuklah ayat-ayat al-Quran. Ia mudah didapati di masjid-masjid, mimbar, surau-surau, ambang pintu masuk, rehal dan sebagainya.

Motif tumbuh-tumbuhan  biasanya menggunakan tumbuhan menjalar dan pohon-pohon berbunga/bunga-bungaan. Antara jenisnya seperti kekacang, labu, teratai, ketumbit, kerak nasi, peria, bunga cengkih, kangkong, dan sebagainya.

Dalam menghasilkan ukiran ini, akal budi Melayu dapat diterjemahkan dengan falsafahnya yang tersendiri. Antaranya ialah sifat dari punca yang satu, yang bermaksud mengarah kepada asal-usul yang sama dan sejauh mana melangkah ia akan kembali ke tempat asalnya. Sifat kelembutan dan kesantunan berdasarkan seni ukiran yang dipaparkan. Aspek kesederhanaan yang seimbang dan tidak berlebihan antara ruang ruang. Lantaran nilai sosial perlulah merendah diri dan tidak menyombong dapat dilihat dari segi lentikan sebelah hujung ukiran yang melentik dan menunduk ke bawah.

Sepanjang tempoh 2 hari ini bermula dari jam 9:00 pagi hingga 11:00 malam, melibatkan seni persembahan, demonstrasi, jualan, pameran dan pertandingan elemen budaya dan warisan yang khusus terdapat di Negeri Terengganu sahaja.

Beberapa elemen atau butiran berstatus Warisan Kebangsaan (WK) yang diisytiharkan melalui Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan (MPWK)berdasarkan kehendak Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK 2005) yang juga dikenali sebagaoi Akta 645 dapat dilihat di dalam festival ini. MPWK telah diadakan sebanyak 4 kali bermula padatahun 2007 dan dikuti pada tahun 2009, 2012 dan 2015.

Ukiran Kayu Melayu (MPWK 2015)melibatkan ukiran hiasan dinding, ukiran hulu dan sarung serta senjata turut diadakan melalui demonstrasi, pameran dan pertandingan spontan. WK Seni Persilatan Melayu (MPWK 2007), Dikir Barat (MPWK 2009) dan Rodat (MPWK 2012) telah dipertontonkan melalui seni persembahan. WK Adat Perkahwinan Melayu (MPWK 2015) yang melibatkan penyediaan Sireh Junjung telah diadakan melalui pertandingan gubahan tercantik.

Selain daripada itu sebanyak 10 gerai jualan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan turut menyediakan makanan WK seperti Kuih Koci, Akok, Keropok Lekor, Onde-onde, Pulut Panggang, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Wajik, Kuih Bakar, Kuih Bingka Ubi (MPWK 2009) Lompat Tikam, Tepung Pelita (MPWK 2015) dan banyak lagi makanan tradisi lain dari pelusuk Negeri Terengganu selain daripada yang tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan.

Makanan tradisi paling popular di Daerah Besut sendiri ialah “Kuih Tonyoh Ubi” yang sememangnya sangat lazat terutama sekali kepada penggemar makanan berasaskan ubi. Dengan rasa lemak dan manis, sangat sesuai menjadi menu utama hidangan sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga dan sahabat handai.

Seramai lima orang pegawai daripada Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara telah hadir ke festival ini atas jemputan Yayasan Pembangunan Belia Negeri Terengganubaji menjalankan kajian penyelidikan dan dokumentasi bagi Cawangan Seni Halus.

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech