Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Sunday - September 24, 2017

Weather: 31°C

LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN SHELTER/PELINDUNG DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TAPAK EKSKAVASI ARKEOLOGI KUBUR KEPINGAN BATU (SLAB GRAVE), BUKIT SEJARAH, LADANG CHANGKAT MENTERI, HULU BERNAM, PERAK DARUL RIDZUAN

 

Di antara tahun 1919 hingga 1939, sebanyak 9 buah kubur telah dijumpai oleh Evan (1928), Collings (1937), Wilkinson (1939) dan lain-lain meliputi tapak di seluruh daerah Bernam di Selangor, Slim River, Sungai Kruit, dan Sungkai di Perak. Menurut rekod Jurnal Lembaga Muzium Negeri Selangor Jilid 1, Bil. 1, Jun 1993, di Changkat Menteri, Mukim Ulu Bernam terdapat 2 buah tapak kubur kepingan batu yang pernah dijumpai, direkodkan dan telah dibuat ekskavasi oleh  Profesor Leong Sau Heng dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Muzium Negeri Selangor pada tahun 1992. Kawasan ini terletak berdekatan dengan Sungai Bernam yang pada zaman dahulu merupakan salah satu daripada jalan utama ke beberapa kawasan pendalaman Semenanjung Malaysia.

Tapak Ekskavasi Arkeologi Kubur Kepingan Batu (Slab Grave), Bukit Sejarah, Ladang Changkat Menteri, Hulu Bernam, Perak Darul Ridzuan Tapak Ekskavasi Arkeologi Kubur Kepingan Batu (Slab Grave), Bukit Sejarah, Ladang Changkat Menteri, Hulu Bernam, Perak Darul Ridzuan

 

Antara jenis artifak yang pernah dilaporkan digali dari kubur tersebut (penggalian dilakukan oleh H.C. Robinson pada tahun 1919) adalah alat-alat besi bersoket yang agak serupa dengan yang pernah dijumpai di Bukit Kuda, Bukit Jati dan lain-lain tempat di Klang, Selangor. Alat-alat besi jenis ini juga pernah dijumpai di Kerling, Selangor Utara dan beberapa tempat lain di Semenanjung Malaysia.  

     

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech