Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Sunday - September 24, 2017

Weather: 31°C

PENYELIDIKAN DAN EKSKAVASI ARKEOLOGI PENYELAMATAN LOT 1736, MERBOK, KEDAH DARUL AMAN

Penyelidikan dan eskavasi yang telah dijalankan adalah proses awalan di dalam memberikan Kebenaran Merancang oleh JWN kepada setiap projek pembangunan yang hendak dijalankan di kawasan yang berpotensi atau mempunyai nilai-nilai warisan. Lokasi tapak ini terletak di dalam kawasan cadangan pembangunan perumahan yang diusahakan oleh pemaju tempatan dan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Jumpaan struktur yang menggunakan batu sungai telah dijumpai di lereng bukit berdekatan kawasan takungan air yang dibina oleh pemaju Jumpaan struktur yang menggunakan batu sungai telah dijumpai di lereng bukit berdekatan kawasan takungan air yang dibina oleh pemaju

 

Justifikasi kepada Penyelidikan dan Eskavasi penyelamatan yang dijalankan adalah kerana tapak arkeologi di Lembah Bujang telah mula direkodkan pengkaji barat sejak 1940 oleh Quaritch Wales. Menurut rekod awal, tapak ini yang dipercayai sebagai Tapak 13 telah ditemui pada tahun 1936-1937. Namun Jane Allen dalam kajian lanjut telah menjalankan ekskavasi pada tahun 1988 dan telah menemukan bukti sturktur binaan berupa candi dan sebagainya.

Penyelidikan ini dijalankan bagi tujuan mengenalpasti setakat mana kewujudan struktur binaan yang temui di kawasan cadangan pembangunan yang akan memusnahkan bukti tinggalan yang berkemungkinan mempunyai signifikan tertentu. Ini kerana, berdasarkan kajian perbandingan dengan rekod terdahulu didapati bahawa tapak berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan sebahagian tapak 13.

Pendekatan ekskavasi penyelamatan diguna pakai bagi memastikan kerja-kerja penyelidikan agar tidak mengambil tempoh masa yang terlalu panjang kerana kawasan tersebut telah diluluskan untuk projek pembangunan. Pelaksanaan kerja-kerja penyelidikan dibuat secara berjadual dan berperingkat.

Kerja-kerja ekskavasi dijalankan bermula 1-29 Februari 2016 mengikut jadual giliran berdasarkan kumpulan. Manakala kerja-kerja pemindahan batu telah dilaksanakan pada 21-23 Mac 2016.

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech