Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Saturday - November 25, 2017

Weather: -273°C

PENYELIDIKAN DAN ESKAVASI PENYELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN TIANG BENDERA GERGASI BUKIT ST. PAUL, BANDA HILIR, MELAKA

Penyelidikan dan eskavasai penyelamatan ini dijalankan berikutan permohonan dari pihak Kerajaan Negeri Melaka kepada Jabatan Warisan Negara agar kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi dijalankan dilokasi cadangan pembinaan tiang bendera  gergasi. Lokasi penyelidikan dan eskavasi penyelamatan ialah di kawasan tanah lapang berhadapan Muzium Tuan Yang Terutama, Bukit St. Paul, Banda Hilir Melaka.

Penyelidikan dan eksvasai ini bertujuan untuk menilai tapak dari segi potensi arkeologi sebelum cadangan pembangunan dilaksanakan bagi merancang pelan strategik seterusnya berdasarkan kepada hasil kajian. Penyelidikan dan ekskavasi arkeologi juga dijalankan bagi mendapatkan maklumat data baru di Bukit St. Paul, Melaka.

Keluasan tapak ekskavasi ialah 10 meter x 10 meter bersamaan 100 meter persegi. Sebanyak 17 buah petak telah diekskavasi dan setiap petak berukuran 2 meter (panjang) x 2 meter (lebar) x 1 meter (dalam). Antara metod penyelidikan yang dijalankan ialah kajian ilmiah (Library Research)  memandangkan kepentingan rekod atau dukumen sejarah terhadap maklumat awal tapak. Kajian Geofizik menggunakan (Ground penetrating Radar) turut digunakan untuk menentukan adanya kemungkinan objek dan struktur yang tertanam dalam tanah.

Penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak tiang bendera Bukit St. Paul, telah berlangsung selama 28 hari bermula dari 25 Julai hingga 28 Ogos 2016.

Ekskavasi ini telah berjaya mendedahkan struktur binaan batu laterit yang mempunyai kaitan dengan kesan tinggalan sejarah di sekitar Banda Hilir, Melaka. Ekskavasi arkeologi berjaya menemui pelbagai jenis artifak terdiri daripada pecahan tembikar tanah, pecahan porselin Cina biru & putih, stoneware, duit syiling China, batang paip pengisap rokok Belanda dan sebagainya. Kesemua artifak yang ditemui tidak didapati berasosiasi dengan struktur batu laterit dijumpai dalam lapisan tanah tambak.

Selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) yang merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan, jabatan ini mendapati jumpaan struktur binaan dari batu laterit tersebut harus dikekalkan dan tidak diganggu kerana ianya merupakan sebahagian dari warisan sejarah Negeri Melaka.

Interpretasi Awal

  1. Jumpaan struktur binaan batu laterit dipotong empat segi dan disusun membentuk struktur menunjukkan potensi kaitan dengan struktur binaan yang ada pada zaman Belanda
  2. Interpretasi ini dikaitkan dengan hasil pelan overlap antara kawasan kajian dan pelan Belanda 1660 menunjukkan adanya bangunan hospital di kawasan tersebut.
  3. Jumpaan pelbagai artifak menunjukkan adanya kaitan perdagangan, sistem pertahanan, penempatan dan aktiviti ketamadunan di kawasan tersebut.

Kepentingan tapak

Kepentingan tapak turut dilihat dari pelbagai sudut yang saling melengkapi antara satu sama lain. Maklumat kajian terdiri daripada sumber primer (primary sources) dan sumber sekunder (secondary sources). Tanpa sumber-sumber tersebut digabung dengan kaedah multidisiplin seperti bidang survei pemetaan, arkeologi dan arkitek, agak sukar untuk menghasilkan satu kesimpulan yang kukuh. Justeru, terdapat beberapa tahap kajian yang diambil kira membuktikan kepentingan tapak kajian. 

Berdasarkan kepada sumber Cina Ma Huan 1433, kawasan tersebut merupakan kawasan di mana letaknya istana Kesultanan Melayu Melaka. Rekod tersebut menggambarkan kedudukan istana sultan di muara Sungai Melaka. Berdasarkan kajian pelan-pelan era Portugis yang mana zamannya paling hampir dengan Zaman Kesultanan, menunjukkan kedudukan Bukit St. Paul benar-benar terletak di muara Sungai Melaka. Manakala sumber Portugis pula mencatatkan bahawa kawasan tersebut berdekatan dengan masjid Kesultanan Melayu Melaka yang diperbuat daripada batu yang berbentuk kiub (empat segi). Jika dikaji sumber Belanda pula, Pelan Kota Melaka (Malakkas Grondteijckeningh 1656 en 1663) 1656 – 1663, kawasan kajian ditandakan sebagai hospital. Justeru, jumpaan struktur binaan dari batu laterit mempunyai kaitan dengan binaan hospital seperti yang tertera di atas pelan Kota Melaka Belanda 1656 – 1663 seterusnya memberikan nilai tambah kepada produk pelancongan Melaka yang perlu dikekalkan.

Kesimpulan

Bukit St. Paul merupakan elemen penting dalam pensejarahan Melaka sejak sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Nama Bukit St. Paul terabadi setelah Melaka ditawan oleh Portugis bersempena dengan nama Gereja St. Paul. Bukit St. Paul dahulunya dikenali sebagai Bukit Melaka dan dan turut berperanan sebagai pusat pemerintahan, pertahanan dan pusat keagamaan pada waktu kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Di situlah berlangsungnya pusat ilmu Islam di mana ramai ulama yang datang dan belajar ilmu keagamaan di sana. Setelah Portugis menawan Melaka, maka lenyaplah segala legasi yang sepatutnya menjadi kekuatan dan kegemilangan di rantau Asia Tenggara. Justeru, apa yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat akibat tertanam di bawah tanah haruslah dipelihara agar tetap menjadi ingatan dan pengajaran buat masa kini.

Sepanjang tempoh penyelidikan arkeologi, secara keseluruhannya ekskavasi ini telah berjaya mendedahkan struktur binaan batu laterit yang berpotensi mempunyai kaitan dengan kesan tinggalan sejarah di sekitar Banda Hilir, Melaka. Ekskavasi arkeologi berjaya menemui pelbagai jenis artifak terdiri daripada pecahan tembikar tanah, pecahan porselin Cina biru & putih, stoneware, duit syiling China, batang paip pengisap rokok Belanda dan sebagainya. Kesemua artifak yang ditemui tidak berasosiasi dengan struktur batu laterit dijumpai dalam lapisan tanah tambak.

 Tapak yang telah dijalankan ekskavasi dapat memberi kefahaman kepada masyarakat akan sejarah Melaka.  Tinggalan warisan ini perlu dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dan ia akan menjadi bukti pensejarahan negara.

Ariel foto tapak eskavasi menunjukkan jajaran struktur yang didedahkan sebanyak 17 buah petak Ariel foto tapak eskavasi menunjukkan jajaran struktur yang didedahkan sebanyak 17 buah petak

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech