Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak dan Tengkolok pada 8 Februari 2017 di Pusat Pengembangan Warisan Jabatan Warisan Negara, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

UNGKAPAN 'Tak kan Melayu hilang di dunia' cukup tersohor kerana dikatakan pernah dilafazkan oleh Laksamana Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melaka dahulu kala.[1]Dari semangat ingin memastikan kelestarian adat tradisi warisan tinggalan zaman berzaman, maka Jabatan Warisan Negara telah memberikan sepenuh kerjasama kepada satu usaha murni yang telah digerakkan oleh Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu melalui penganjuran bengkel sehari iaitu “Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak & Tengkolok”. Penganjuran bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Februari 2017 bermula dari jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang bertempat di Pusat Pengembangan Warisan, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

 

Kerjasama dua hala antara penganjur dan Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menyaksikan penglibatan secara langsung seramai hampir 10 orang pegawai dari Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK) JWN. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Johan Iskandar, selaku tenaga pengajar utama.

Program dimulakan dengan aktiviti sua kenal oleh para peserta. Sebelum memulakan aktiviti ini, para peserta dikehendaki memakan secubit garam. Hal yang sedemikian kerana, merupakan adat sebelum proses membuat tanjak bermula.  Selepas itu, para peserta didedahkan tentang falsafah tanjak dan seterusnya proses melipat tanjak dimulakan. Antara tanjak yang diajar ialah tanjak takur tukang besi, nakhoda trong, mahkota alam, bugis tak balik, menyonsong angin dan anderiguru selebu. Cara mengikat tanjak pula bergantung kepada orang yang memakainya. Kalau pendekar, ikatannya lebih kemas dan duduk tegap mencerminkan kegagahannya. Contoh ikatan tanjak ialah ketupat palas dan ketupat Makassar.

Selain itu, peserta juga turut diajar cara ikatan samping iaitu ikatan perwira. Ikatan ini bermula dengan menyarungkan kain songket dari atas kepala sambil mencekak separuh kain pada bahagian kanan pinggang. Untuk menjadi asas bentuk bunga lebihan kain dililit sementara bahagian atas digenggam dan bahagian dibawah ditarik ke sebelah kiri untuk memulakan bentuk asas bunga. Akhir sekali bentuk kelopak bunga dikemaskan dengan menyemat jarum bagi ikatan sempurna.

Sebagai tanda penghargaan, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Yang Berusaha Encik Khalid bin Syed Ali telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta dan penganjur. Sebelum meninggalkan majlis, beliau telah menyampaikan ucapan ringkas yang memberi perangsang kepada penganjur dan peserta untuk bergiat dengan lebih aktif pada masa-masa akan datang. Peluang yang ada boleh dimanfaatkan dalam mendidik masyarakat agar memahami ilmu dan falsafah sebenar sesuatu tradisi. Bukan sekadar menjadi ikutan tanpa mengetahui maksud tersurat dan tersirat gubahan serta pemakaian sesuatu perhiasan dan kelengkapan.

 

[1] . Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130824/ke_01/Tak-kan-Melayu-hilang-di-dunia#ixzz4ZIUSzPpR
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech