Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Monday - September 25, 2017

Weather: 27°C

PAMERAN BUBUR LAMBUK OLEH JABATAN WARISAN NEGARA SEMPENA PROGRAM IFTAR@KL 2017, PADA 3,4,10,11,17 DAN 18 JUN 2017 DI DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR.

Program Iftar@KL 2017 telah dilaksanakan sejak 2015 dan tahun ini merupakan tahun ketiga (3) dan tahun keenam (6) keseluruhannya iaitu kesinambungan daripada program Festival Ramadan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bermula tahun 2012. Program ini berlangsung setiap hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan iaitu bermula pada 3 & 4 Jun, 10 & 11 Jun, dan 17 & 18 Jun 2017. Majlis Perasmian telah diadakan pada 4hb Jun 2017 yang telah dirasmikan oleh YAB  Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan turut hadir bersama isteri Perdana Menteri YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor.

Program ini  mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau dikenali sebagai National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui dua (2) inisiatif NBOS iaitu 1Malaysia Civil Service Retirement Support yang dikenali sebagai 1Pesara serta 1Malaysia Cutomer Service of Civil Servants atau dikenali sebagai 1Serve.

Pada tahun ini, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dipertangggungjawabkan untuk turut serta dalam program tersebut iaitu mengadakan pameran Bubur Lambuk yang terdapat beberapa Negeri di Malaysia. JWN telah mengisytiharkan Bubur lambuk sebagai makanan Warisan Kebangsaan pada tahun 2015. Selain itu juga, pameran ini akan menyebarluas pengetahuan dan kefahaman masyarakat terhadap makanan warisan negara supaya masyarakat lebih memahami dan menghargai warisan negara. Disamping itu juga, program sebegini dapat mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat cintakan warisan sebagai identiti dan jati diri negara.

 

 

Tuesday, 25 July 2017 Written by

INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE (ICH) CAPACITY BUILDING WORKSHOP: MODULE S 3 & 4

ICH Capacity Building Workshop: Modules 3 & 4 telah berjaya dilaksanakan pada 19 – 26 Mac 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu. Ianya  merupakan kesinambungan ICH Capacity Building Workshop: Module 1 & Module 2 yang telah diadakan pada tahun 2016. Bengkel ini merupakan latihan pembelajaran bagi membentuk keperluan modal insan negara anggota UNESCO dalam melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (ICH) negara berkenaan menurut keperluan peruntukan Konvensyen 2003. Sekretariat Konvensyen 2003 UNESCO memperuntukkan empat modul pembelajaran iaitu:-

      Module 1        : Implementation of 2003 Convention at the National Levels

      Module 2        : Community-Based, Inventorying of ICH Elements

      Module 3       : Elaboration of Safeguarding Measures 

      Module 4       : Elaboration of Nomination Files to the List of ICH 

     International Assistance

 

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk meraih pengetahuan, pandangan dan pengalaman berkaitan warisan kebudayaan tidak ketara menurut Konvensyen 2003, UNESCO, mempraktikkan metodologi inventori data ICH menurut perspektif UNESCO, sebagai persediaan Malaysia untuk pencalonan butian ICH tersenarai dalam Konvensyen 2003 UNESCO, keupayaan pembangunan modal insan kepada penggiat/agensi pelaksana/ahli akademik ICH di Malaysia dalam pelbagai kemahiran yang dimiliki. Selain itu juga, mempraktiskan standard antarabangsa dalam pengurusan, perekodan, pengembangan dan potensi ICH Malaysia setaraf Negara-negara lain yang maju dalam bidang yang sama dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan warisan diperingkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa danmemupuk kecintaan terhadap ICH.

      

Penyertaan adalah terdiri daripada Pegawai-pegawai Jabatan Warisan Negara, Agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), agensi kerajaan negeri serta IPTA, pihak NGO dan individu yang terlibat secara langsung dalam mengaktifkan warisan kebudayaan tidak ketara dengan syarat mereka telah mengikut bengkel modul 1 dan 2.  Pengisian bengkel terdiri daripada sesi ceramah, aktiviti lapangan dan pembentangan oleh peserta serta sesi penerangan bersama penggiat warisan setempat. Bengkel ini dikendalikan oleh oleh 2 (dua) fasilitator yang berpengalaman sebagaimana yang disyorkan oleh pihak UNESCO iaitu Prof. Sajida Haider Vandal (Pakistan) dan Rahul Goswami (India).

 

 

 

 

 

Wednesday, 12 April 2017 Written by

LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN SHELTER/PELINDUNG DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TAPAK EKSKAVASI ARKEOLOGI KUBUR KEPINGAN BATU (SLAB GRAVE), BUKIT SEJARAH, LADANG CHANGKAT MENTERI, HULU BERNAM, PERAK DARUL RIDZUAN

 

Di antara tahun 1919 hingga 1939, sebanyak 9 buah kubur telah dijumpai oleh Evan (1928), Collings (1937), Wilkinson (1939) dan lain-lain meliputi tapak di seluruh daerah Bernam di Selangor, Slim River, Sungai Kruit, dan Sungkai di Perak. Menurut rekod Jurnal Lembaga Muzium Negeri Selangor Jilid 1, Bil. 1, Jun 1993, di Changkat Menteri, Mukim Ulu Bernam terdapat 2 buah tapak kubur kepingan batu yang pernah dijumpai, direkodkan dan telah dibuat ekskavasi oleh  Profesor Leong Sau Heng dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Muzium Negeri Selangor pada tahun 1992. Kawasan ini terletak berdekatan dengan Sungai Bernam yang pada zaman dahulu merupakan salah satu daripada jalan utama ke beberapa kawasan pendalaman Semenanjung Malaysia.

Friday, 10 March 2017

PENYELIDIKAN DAN EKSKAVASI ARKEOLOGI PENYELAMATAN LOT 1736, MERBOK, KEDAH DARUL AMAN

Penyelidikan dan eskavasi yang telah dijalankan adalah proses awalan di dalam memberikan Kebenaran Merancang oleh JWN kepada setiap projek pembangunan yang hendak dijalankan di kawasan yang berpotensi atau mempunyai nilai-nilai warisan. Lokasi tapak ini terletak di dalam kawasan cadangan pembangunan perumahan yang diusahakan oleh pemaju tempatan dan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Friday, 10 March 2017

KAJIAN SURVEY DAN PENYELIDIKAN WARISAN KEBUDAYAAN BAWAH AIR, PULAU BIDONG, TERENGGANU DARUL IMAN

Survei dan penyelidikan yang dijalankan oleh JWN adalah rentetan dari  jumpaan artifak kapal karam yang telah dilaporkan oleh akhbar Berita Minggu hari Ahad bertarikh 20 Mei 2012. Berita bertajuk “Harta Karun Pulau Bidong” ini telah ditulis dan disunting oleh wartawan Jamhariah Jaafar,  presiden Coral Malaysia.

Wednesday, 08 March 2017

PENYELIDIKAN DAN ESKAVASI PENYELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN TIANG BENDERA GERGASI BUKIT ST. PAUL, BANDA HILIR, MELAKA

 

Penyelidikan dan eskavasai penyelamatan ini dijalankan berikutan permohonan dari pihak Kerajaan Negeri Melaka kepada Jabatan Warisan Negara agar kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi dijalankan dilokasi cadangan pembinaan tiang bendera  gergasi. Lokasi penyelidikan dan eskavasi penyelamatan ialah di kawasan tanah lapang berhadapan Muzium Tuan Yang Terutama, Bukit St. Paul, Banda Hilir Melaka.

Penyelidikan dan eksvasai ini bertujuan untuk menilai tapak dari segi potensi arkeologi sebelum cadangan pembangunan dilaksanakan bagi merancang pelan strategik seterusnya berdasarkan kepada hasil kajian. Penyelidikan dan ekskavasi arkeologi juga dijalankan bagi mendapatkan maklumat data baru di Bukit St. Paul, Melaka.

 

Keluasan tapak ekskavasi ialah 10 meter x 10 meter bersamaan 100 meter persegi. Sebanyak 17 buah petak telah diekskavasi dan setiap petak berukuran 2 meter (panjang) x 2 meter (lebar) x 1 meter (dalam). Antara metod penyelidikan yang dijalankan ialah kajian ilmiah (Library Research)  memandangkan kepentingan rekod atau dukumen sejarah terhadap maklumat awal tapak. Kajian Geofizik menggunakan (Ground penetrating Radar) turut digunakan untuk menentukan adanya kemungkinan objek dan struktur yang tertanam dalam tanah.

Penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak tiang bendera Bukit St. Paul, telah berlangsung selama 28 hari bermula dari 25 Julai hingga 28 Ogos 2016.

Ekskavasi ini telah berjaya mendedahkan struktur binaan batu laterit yang mempunyai kaitan dengan kesan tinggalan sejarah di sekitar Banda Hilir, Melaka. Ekskavasi arkeologi berjaya menemui pelbagai jenis artifak terdiri daripada pecahan tembikar tanah, pecahan porselin Cina biru & putih, stoneware, duit syiling China, batang paip pengisap rokok Belanda dan sebagainya. Kesemua artifak yang ditemui tidak didapati berasosiasi dengan struktur batu laterit dijumpai dalam lapisan tanah tambak.

Selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) yang merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan, jabatan ini mendapati jumpaan struktur binaan dari batu laterit tersebut harus dikekalkan dan tidak diganggu kerana ianya merupakan sebahagian dari warisan sejarah Negeri Melaka.

 

Interpretasi Awal

  1. Jumpaan struktur binaan batu laterit dipotong empat segi dan disusun membentuk struktur menunjukkan potensi kaitan dengan struktur binaan yang ada pada zaman Belanda
  2. Interpretasi ini dikaitkan dengan hasil pelan overlap antara kawasan kajian dan pelan Belanda 1660 menunjukkan adanya bangunan hospital di kawasan tersebut.
  3. Jumpaan pelbagai artifak menunjukkan adanya kaitan perdagangan, sistem pertahanan, penempatan dan aktiviti ketamadunan di kawasan tersebut.

 

Kepentingan tapak

Kepentingan tapak turut dilihat dari pelbagai sudut yang saling melengkapi antara satu sama lain. Maklumat kajian terdiri daripada sumber primer (primary sources) dan sumber sekunder (secondary sources). Tanpa sumber-sumber tersebut digabung dengan kaedah multidisiplin seperti bidang survei pemetaan, arkeologi dan arkitek, agak sukar untuk menghasilkan satu kesimpulan yang kukuh. Justeru, terdapat beberapa tahap kajian yang diambil kira membuktikan kepentingan tapak kajian. 

 

Berdasarkan kepada sumber Cina Ma Huan 1433, kawasan tersebut merupakan kawasan di mana letaknya istana Kesultanan Melayu Melaka. Rekod tersebut menggambarkan kedudukan istana sultan di muara Sungai Melaka. Berdasarkan kajian pelan-pelan era Portugis yang mana zamannya paling hampir dengan Zaman Kesultanan, menunjukkan kedudukan Bukit St. Paul benar-benar terletak di muara Sungai Melaka. Manakala sumber Portugis pula mencatatkan bahawa kawasan tersebut berdekatan dengan masjid Kesultanan Melayu Melaka yang diperbuat daripada batu yang berbentuk kiub (empat segi). Jika dikaji sumber Belanda pula, Pelan Kota Melaka (Malakkas Grondteijckeningh 1656 en 1663) 1656 – 1663, kawasan kajian ditandakan sebagai hospital. Justeru, jumpaan struktur binaan dari batu laterit mempunyai kaitan dengan binaan hospital seperti yang tertera di atas pelan Kota Melaka Belanda 1656 – 1663 seterusnya memberikan nilai tambah kepada produk pelancongan Melaka yang perlu dikekalkan.

 

Kesimpulan

Bukit St. Paul merupakan elemen penting dalam pensejarahan Melaka sejak sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Nama Bukit St. Paul terabadi setelah Melaka ditawan oleh Portugis bersempena dengan nama Gereja St. Paul. Bukit St. Paul dahulunya dikenali sebagai Bukit Melaka dan dan turut berperanan sebagai pusat pemerintahan, pertahanan dan pusat keagamaan pada waktu kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Di situlah berlangsungnya pusat ilmu Islam di mana ramai ulama yang datang dan belajar ilmu keagamaan di sana. Setelah Portugis menawan Melaka, maka lenyaplah segala legasi yang sepatutnya menjadi kekuatan dan kegemilangan di rantau Asia Tenggara. Justeru, apa yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat akibat tertanam di bawah tanah haruslah dipelihara agar tetap menjadi ingatan dan pengajaran buat masa kini.

 

Sepanjang tempoh penyelidikan arkeologi, secara keseluruhannya ekskavasi ini telah berjaya mendedahkan struktur binaan batu laterit yang berpotensi mempunyai kaitan dengan kesan tinggalan sejarah di sekitar Banda Hilir, Melaka. Ekskavasi arkeologi berjaya menemui pelbagai jenis artifak terdiri daripada pecahan tembikar tanah, pecahan porselin Cina biru & putih, stoneware, duit syiling China, batang paip pengisap rokok Belanda dan sebagainya. Kesemua artifak yang ditemui tidak berasosiasi dengan struktur batu laterit dijumpai dalam lapisan tanah tambak.

 

 Tapak yang telah dijalankan ekskavasi dapat memberi kefahaman kepada masyarakat akan sejarah Melaka.  Tinggalan warisan ini perlu dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dan ia akan menjadi bukti pensejarahan negara.

Tuesday, 07 March 2017

MENYELIA KAJIAN SURVEY DAN PENYELIDIKAN TAPAK TRADISI MEGALITIK DI LONG PASIA, SIPITANG

Kajian Survey Dan Penyelidikan Tapak Tradisi Megalitik Di Long Pasia, Sipitang tapak tradisi megalitik di Long Pasia berjaya disurvei dan direkodkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah bagi tujuan pendokumentasian dan perancangan perlindungan tapak pada masa akan datang - April 2016

 

 

Tuesday, 07 March 2017

PENDOKUMENTASIAN DAN PENYELIDIKAN LUKISAN PRA SEJARAH DI GUA TAMBUN, PERAK

PENDOKUMENTASIAN LUKISAN PRASEJARAH DI GUA TAMBUN TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN KAEDAH SURVEI UNTUK TUJUAN PEREKODAN PADA APRIL 2016

Kerja-kerja pendokumentasian ini telah dijalankan oleh Fakulti Hartanah dan Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia serta Jabatan Warisan Negara pada 2 hingga 4 April 2016. Pendokumentasian ini menggunakan peralatan pengimbas laser dan fotogrametri.

Penggunaan peralatan dan teknologi moden ini dapat membantu memperolehi maklumat dengan tepat memudahkan proses pendokumentasian. Maklumat yang sebelum ini sukar diperolehi kini dapat direkod dan dicerap dengan mudah

Maklumat yang direkodkan dapat digunakan untuk tujuan penyelidikan, kerja-kerja pemeliharaan, pemuliharaan serta rujukan untuk generasi akan datang.

Monday, 06 March 2017

Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak dan Tengkolok pada 8 Februari 2017 di Pusat Pengembangan Warisan Jabatan Warisan Negara, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

UNGKAPAN 'Tak kan Melayu hilang di dunia' cukup tersohor kerana dikatakan pernah dilafazkan oleh Laksamana Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melaka dahulu kala.[1]Dari semangat ingin memastikan kelestarian adat tradisi warisan tinggalan zaman berzaman, maka Jabatan Warisan Negara telah memberikan sepenuh kerjasama kepada satu usaha murni yang telah digerakkan oleh Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu melalui penganjuran bengkel sehari iaitu “Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak & Tengkolok”. Penganjuran bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Februari 2017 bermula dari jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang bertempat di Pusat Pengembangan Warisan, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Tuesday, 28 February 2017

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DALAM BIDANG BERKAITAN PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN KEBUDAYAAN DI BAWAH AIR ANTARA JABATAN WARISAN NEGARA DAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

20 Febuari 2017 - Satu memorundum persefahaman telah ditandatangani dalam bidang berkaitan pememuliharaan dan pemeliharaan warisan kebudayaan di bawah air antara Jabatan Warisan Negara  dan Universiti Malaysia Terengganu bagi menjalankan kajian dan penyelidikan berkenaan kapal karam pulau bidong. Dengan wujudnya kerjasama ini dilihat dapat menghasilkan kajian dan pernyeldikan yang lebih berkualiti.

Monday, 20 February 2017
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
Page 1 of 2
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech