Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

LAWATAN AKADEMIK LEGASI UNIVERSITAS BUNG HATTA, PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA KE JABATAN WARISAN NEGARA DAN PERBINCANGAN KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) DI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

 

Pada 16 Januari 2018, Jabatan Warisan Negara (JWN) menerima lawatan akademik legasi dari Universitas Bung Hatta, Padang, Sumatera, Indonesia bersama-sama kakitangan Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur (FSPU), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam, Selangor.

Kedatangan akademik legasi dari Universitas Bung Hatta ini disambut oleh pegawai JWN yang terdiri daripada Bahagian Konservasi dan Unit Komunikasi Korporat yang bertempat di Bilik Mesyuarat Mezanine, Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad. Taklimat ringkas berkenaan JWN secara am telah disampaikan oleh En. Izamuddin, Pegawai Penerangan dari Unit Komunikasi Korporat. Taklimat berkaitan peranan utama Bahagian Konservasi telah disampaikan oleh Sr. Dr. Robiah Binti Abdul Rashid, Pengarah Bahagian Konservasi dan penerangan mengenai kerja-kerja konservasi yang telah dilakukan telah disampaikan oleh En. Sangam@Musa Antok, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Konservasi. Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh Y.Brs. Tn. Hj. Mesran Bin Mohd Yusop, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Warisan Negara.

Perkongsian maklumat diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh wakil dari Universitas Bung Hatta mengenai kaedah kerja-kerja konservasi Rumah Gadang di Padang, Sumatera Barat, Indonesia dan seterusnya wakil dari UiTM menerangkan mengenai pengalaman kajian dan teknik kerja kayu dalam pemuliharaan bangunan warisan bersama JWN dan Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB).

Seramai 30 orang legasi dari Universitas Bung Hatta dan UiTM Shah Alam, Selangor hadir ke lawatan ini.  Lawatan ini berakhir jam 12.00 tengahari dengan pemberian cenderamata kepada pelawat dan sesi bergambar secara berkumpulan turut diadakan sebagai kenang-kenangan.  

 

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech