Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Thursday - December 14, 2017

Weather: -273°C

MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) AIDILFITRI 2017

Kira-kira 30,000 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2017 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Mini, Taman Sri Lambak, Sembrong, pada 15 Julai yang lepas.  Perdana Menteri yang tiba sebentar tadi diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Bertemakan warisan seni dan budaya tradisi masyarakat Melayu Johor, acara itu merupakan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus menjadi acara jamuan untuk rakyat.  Majlis itu juga menjadi landasan untuk menonjolkan kekayaan budaya dan warisan seni masyarakat Melayu, terutamanya dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada pelancong asing dan masyarakat tempatan di samping menerapkan semangat kenegaraan dan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini. Selain dijamu dengan pelbagai hidangan termasuk lemang dan rendang serta kuih-muih, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian. 
 
Jabatan Warisan Negara turut terlibat mengadakan pameran bersama-sama dengan agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan kerajaan negeri Johor serta usahawan-usahawan tempatan. Antara aktiviti JWN yang dijalankan iaitu pameran berkaitan bangunan warisan di sekitar negeri Johor. Selain itu, terdapat aktiviti sampingan seperti kuiz, demonstrasi permainan tradisional, dan demonstrasi makanan warisan iaitu rendang daging.

Login to post comments
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech