Language Selection   

EN
                              

Lawatan kerja ke Taman Negara Bako, Tapak Arkeologi Santubong dan Paku Rock Maze Garden, Bau

16-17 Mac 2024 - Lawatan kerja yang diketuai oleh YBrs. Encik Ruzairy bin Arbi, Timbalan Pesuruhjaya Warisan ke Taman Negara Bako, Tapak Arkeologi Santubong dan Paku Rock Maze Garden, Bau. Tapak-tapak ini adalah antara tapak yang termasuk di dalam kawasan Delta Sarawak yang telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ke-6 pada tahun 2022.

Lawatan ini bertujuan untuk membuat tinjauan awal bagi melihat kepentingan dan kesesuaian sebagai salah satu pengisian utama dalam Mesyuarat Majlis Warisan Kebangsaan Bil. 1/2024 kelak. JWN ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Sarawak Forestry Corporation, Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak, Majlis Daerah Bau dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Paku dalam menjayakan lawatan ini.

"𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service