Welcome to Jabatan Warisan Negara   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Warisan Negara Powered By GSpeech
All for Joomla All for Webmasters

Bengkel Pemurnian Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’

Pada 4-5 November 2018 yang lalu, telah berlangsung satu Bengkel Pemurnian Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor dan merupakan kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan sebelum ini iaitu pada 31 Oktober-1 November 2017. Pada sesi kali ini, hasil perbincangan terdahulu telah diperhalusi dan dibentangkan supaya satu draf garis panduan dan tatacara perlindungan untuk ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’ diperolehi dan disepakati oleh Agensi dan Jabatan yang terlibat. Garis panduan ini seterusnya akan disebar luaskan supaya ia menjadi rujukan kepada setiap lapisan masyarakat bagi memastikan tiada penyalahgunaan terhadap kedua-dua lambang kedaulatan negara ini.   Justeru, dalam memastikan kesinambungan perbincangan terdahulu, kebanyakan para peserta Bengkel merupakan peserta sama yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bahagian Istiadat, Kementerian Pertahanan, Bahagian Istiadat dan Upacara Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Arkib Negara Malaysia (ANM), Akademi Seni, Budaya dan Warisan (ASWARA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  Malaysia serta pegawai-pegawai Jabatan Warisan Negara (JWN) sendiri. Bengkel ini juga merupakan perintis dan rujukan untuk penyediaan garis panduan butiran-butiran warisan kebudayaan tidak ketara yang lain pada masa akan datang.        

Wednesday, 05 December 2018

Singgah Santai @ PNM 2018

Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa komited dalam meneruskan usaha untuk memupuk dan melestarikan warisan negara termasuklah  permainan tradisonal melalui pelbagai platform. JWN telah memenuhi jemputan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk menyertai program berkala anjuran PNM iaitu Singgah Santai@PNM 2018  yang telah diadakan pada 3 November 2018 yang lalu. JWN telah membawakan pelbagai permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, tutup botol, tating lawi, sepak raga, dam aji dan kerchang untuk dicuba oleh para pengunjung. Program yang diadakan di perkarangan PNM ini mendapat sambutan baik para pengunjung pelbagai peringkat usia yang teruja untuk mencuba sendiri permainan-permainan ini terutamanya permainan masyarakat orang asli iaitu kerchang yang jarang ditemui. Ibu bapa yang hadir turut mengambil peluang untuk bermain permainan yang disediakan bersama-sama anak mereka, sekaligus dapat memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda dalam aktiviti ini disamping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.     

Wednesday, 05 December 2018

SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR 4 ZON PERINGKAT KEBANGSAAN (AKHIR)

Sayembara Dendangan Syair 4 Zon Peringkat Kebangsaan (Akhir) yang telah diadakan bermula berlangsung dari 8 hingga  hingga 27  September 2018 di peringkat zon meliputi zon utara, zon tengah, zon selatan dan zon timur. Peringkat Kebangsaan (akhir) telah diadakan pada  8 Oktober 2018 di Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur. Syair telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009 di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Sayembara Dendangan Syair 4 Zon Peringkat Kebangsaan (Akhir) ini telah dirasmikan oleh Cik Saraya binti Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Penganjuran Sayembara Dendangan Syair 4 Zon ini akan menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap syair yang kini dilihat semakin jarang dipersembahkan dalam mana-mana program mahupun pertandingan. Sayembara ini juga boleh dijadikan platform bagi peserta menyerlahkan bakat dalam penyampaian dan persembahan puisi tradisional.

Sayembara Dendangan Syair 4 Zon Peringkat Kebangsaan julung kalinya  diadakan dan disemarakkan di peringkat zon utara, zon selatan, zon tengah dan zon timur seterusnya ke peringkat Kebangsaan (peringkat akhir). Para peserta zon perlu melalui peringkat saringan dan seterusnya ke peringkat separuh akhir. Empat juara di setiap zon dipilih selebihnya empat peserta yang mendapat merit tertinggi akhirnya dipertemukan di peringkat Kebangsaan (peringkat akhir) di Kuala Lumpur.  Program ini dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2018 dan telah diangkat sebagai acara tahunan ekoran sambutan serta impaknya yang begitu memberangsangkan.

Johan di setiap zon membawa pulang RM 500, naib johan RM300, Tempat Ketiga RM100 manakala Juara Peringkat Kebangsaan membawa pulang RM 1000 yang dimenangi oleh Cik Shaidatul Nadira bt Harun, Naib Juara membawa pulang RM800 yang dimenangi oleh Encik Ahmad Marzuki bin Nor Din dan Tempat Ketiga oleh Cik Fadlina binti Ismail yang membawa pulang RM 100.

Friday, 19 October 2018

  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  Next 
  •  End 
Page 1 of 9
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Brown Green Pink Violet
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech