YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perlancaran Makanan Warisan Hampir Pupus di Restoran Open House, Suria KLCC. Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Dr. Noor Zari Bin Hamat, Ketua Setiausaha, Mohd Azmi Mohd Yusof, Ketua Pengarah JWN serta pengurusan tertinggi Kementerian.

Inisiatif ini merupakan kolaborasi bersama Restoran Open House, Suria KLCC bertujuan untuk mempromosi serta menaikkan semula populariti makanan warisan dan hampir pupus negara. Ia akan dihidangkan sempena sambutan bulan Ramadan akan datang melalui pengalaman fine dining. Antara hidangan yang akan diketengahkan adalah seperti Sambal Tumis Udang Umbut Tuhau, Ikan Patin Asam Tempoyak Daun Pijat, Pulut Kukus Periuk Kera dan Sambal Neraka.